Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tetak, kelar dua beradik di Yan didakwa

-

YAN:Seoranglel­akidisyaki penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan membunuh dua beradik di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, minggu lepas.

Amir Ariffin, 49, yang berhadapan dua tuduhan bunuh, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Bagipertud­uhanpertam­a dan kedua, Amir dituduh membunuh Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya Mohammad Hafiz Idris, 2, di rumah bernombor 11, Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 8 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Selain itu Amir turut berdepan tuduhan menyebabka­n kecederaan parah ke atas bapa saudara kanak-kanak itu, Soberi Saad, 52, dengan sebilah pedang di tempat, masa dan hari yang sama.

Bagi tuduhan itu, penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tiada jaminan ditawarkan bagi tuduhan itu memandangk­an tertuduh turut berdepan dakwaan membunuh. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Waheda Abd Rahman dan majistret kemudianny­a menetapkan 18 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam insiden malang pada 8 Jan lalu, dua beradik berkenaan maut di tempat kejadian selepas ditetak dan dikelar ketika tidur di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka.

Bapa saudara mereka yang turut berada di rumah ketika itu, turut cedera di pipi kiri akibat diserang suspek.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia