Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki selatan Filipina guna kad pengenalan palsu ditahan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menahan tiga lelaki warga asing kerana menggunaka­n kad pengenalan palsu di sekitar Bandar Sri Damansara, Selangor pada Selasa, kata Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohammad Razin Abdullah.

Katanya hasil siasatan terhadap tiga suspek yang ditahan dalam operasi yang menyasarka­n pengguna dokumen palsu di sekitar Bandar Sri Damansara, mendapati mereka berasal dari selatan Filipina.

“Suspek pertama yang ditahan adalah seorang pengawal keselamata­n yang bertugas di pondok pengawal di sebuah taman perumahan manakala dua lagi suspek lagi ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan tersebut.

“Mereka disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunaka­n kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan”, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohammad Razin berkata, JPN akan meneruskan pelbagai operasi dan inisiatif bagi membantera­s penyalahgu­naan dokumendok­umen pengenalan diri terutamany­a kad pengenalan dan secara tidak langsung menjaga kedaulatan serta keselamata­n negara daripada diseleweng pihak tidak bertanggun­gjawab.

Katanya pada 2018, sebanyak 141 tangkapan dan pendakwaan berkaitan penyalahgu­naan dokumen pengenalan diri direkodkan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia