Utusan Borneo (Sabah)

25 DIREMAN SPRM

Terlibat dalam kes pemalsuan dokumen

- Oleh SADDAM EDRIS, NORWAHIDA YAMALUDDIN & AMIR ANUAR

KOTA KINABALU: Seramai 25 orang merangkumi pemilik dan pengurus syarikat ditahan reman oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen bank.

Kesemua yang ditahan membabitka­n 13 orang di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kuala Penyu, Beaufort dan Ranau; lima di Tawau; empat di Keningau; dua di Lahad Datu; dan satu di Sandakan.

Dalam kes di Kota Kinabalu, 13 pengurus syarikat kontraktor direman oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukak­an dokumen palsu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun, setelah membenarka­n permohonan Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Faliq Basiruddin.

Difahamkan, kesemua individu terbabit menggunaka­n dokumen palsu bagi mendapatka­n tender di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Tahanan terdiri 10 lelaki dan tiga wanita ditangkap pada Isnin di sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Kuala Penyu, Beaufort, dan Ranau.

Kesemua individu dipercayai mengemukak­an dokumen palsu sejak tahun 2016 sehingga kini dan memperoleh tender bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.

Mahkamah kemudian memutuskan tahanan lelaki direman selama lima hari di penjara pejabat SPRM, manakala wanita direman di pusat penjara berpusat Kota Kinabalu selama tiga hari.

Di Tawau, SPRM menahan reman lima suspek yang disyaki mengemukak­an penyata bank palsu untuk mendapatka­n tender keseluruha­n bernilai kirakira RM8.8 juta. #Bersambung di muka A4#

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia