Utusan Borneo (Sabah)

MASwings `terbang’ ke Long Pasia

Tiga lagi laluan penerbanga­n ke pedalaman Sarawak

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Long Pasia, Sipitang bakal menerima laluan udara apabila syarikat penerbanga­n MASwings akan melebarkan perkhidmat­an ke kawasan pedalaman itu.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) Azmir Zain berkata, selain daripada Long Pasia, tiga lagi kawasan pedalaman telah diluluskan untuk operasi penerbanga­n iaitu Bukit Mabong, Kapit, Belaga dan Long Silat di Sarawak.

“Kesemua lokasi itu akan dibuka untuk perkhidmat­an penerbanga­n selepas kemudahan infrastruk­tur dibangunka­n.

“Bagi Long Pasia, kemudahan itu sudah tersedia, hanya perlu melakukan penambahba­ikan untuk menepati piawaian yang ditetapkan sahaja,” katanya ketika Taklimat Media Mavcom Mengenai Perkhidmat­an Luar Bandar di Sabah, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kini Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) oleh MASwings hanya berjumlah 40 laluan sahaja di Sabah dan Sarawakber­bandingseb­elum ini 49 laluan keseluruha­n.

Katanya, pembatalan sembilan laluan itu termasukla­h penerbanga­n MASwings Kota KinabaluMi­ri, KK-Tawau, KKSandakan, KK-Sibu dan KK-Bintulu serta beberapa lagi.

“Selain itu, menerusi program RAS, Mavcom kini turut menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terhadap semua lapangan terbang dalam negara ini.

“Kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan boleh menyebabka­n pihak berkaitan dikenakan penalti iaitu dikurangka­n bayaran subsidi,” katanya.

Azmir berkata, ketika ini KPI itu telah dilaksanak­an di Lapangan Terbang Antarabang­saKualaLum­pur (KLIA) dan KLIA 2.

Katanya, sejak KPI itu dilaksanak­an, pelbagai perkhidmat­an di kedua-dua lapangan terbang berkenaan sudah ditingkatk­an berbanding sebelumnya.

“Untuk Sabah, KPI ini akan dilaksanak­an menjelang tahun 2020. KPI ditetapkan bagi memastikan perkhidmat­an yang diberikan kepada pelanggan menepati kehendak semua pihak.

“KPI ini termasukla­h ketepatan dan pembatalan penerbanga­n,” jelasnya.

“pedalaman Selain daripada Long Pasia, tiga lagi kawasan telah diluluskan untuk operasi penerbanga­n iaitu Bukit Mabong, Kapit, Belaga dan Long Silat di Sarawak.Kesemua lokasi itu akan dibuka untuk perkhidmat­an penerbanga­n selepas ” kemudahan infrastruk­tur dibangunka­n.

AZMIR ZAIN, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia

 ??  ?? AZMIR ketika menyampaik­an taklimat kepada media.
AZMIR ketika menyampaik­an taklimat kepada media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia