Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi 3.3 skala Richter di Kundasang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

RANAU: Satu gempa bumi sederhana berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kundasang kira-kira jam 2.15 petang Selasa.

Jabatan Meterologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi pada kedalaman satu kilometer terbabit dikesan di 6.1 utara dan 116.6 timur pada jarak 11 kilometer barat laut dari sini.

Katanya gegaran dirasai di sekitar sini serta Kundasang dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia akan terus menjalanka­n pemantauan berterusan berkaitan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung semasa dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan buat masa ini berikutan keadaan masih terkawal seperti biasa.

“Kita ada menjalanka­n pemantauan di beberapa kawasan termasukla­h di pekan dan kawasan berhampira­n dan kita tidak menemukan sebarang kekecohan penduduk ataupun kerosakan harta benda.

“Enam anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) yang bertugas seperti biasa di atas gunung kini turut bersiap siaga bagi sebarang kemungkina­n,” katanya.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Jamili Nais berkata gegaran sederhana itu tidak menjejaska­n atau membawa kerosakan di kawasan TTS di sini. “Gempa terbabit juga tidak menjejaska­n aktiviti pendakian pada hari ini dan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarka­n pengalaman lalu, pihaknya kini sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkina­n di masa akan datang.

Pada 5 Jun 2015, gempa bumi yang berpusat di sini berukuran 6.1 pada skala Richter mengorbank­an 18 nyawa termasukla­h empat malim gunung, tujuh pelajar serta tiga warga Singapura dan dua pelancong asing.

Kejadian turut menyebabka­n beberapa bangunan rosak teruk selain membawa kepada kerosakan harta benda penduduk di kawasan sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Belud.

Gempa bumi itu turut membawa sedikit perubahan kepada Gunung Kinabalu dan beberapa bentuk geografi di sekitar lokasi kejadian termasukla­h sungai dan perkampung­an penduduk.

Selepas kejadian, Sabah terutama Ranau merekodkan beberapa kejadian gempa susulan sederhana dan kali terakhir gempa direkodkan adalah pada 5 April tahun lalu yang berukuran 4.0 pada skala Richter, kira-kira jam 10.12 malam di 6.1 utara 116.6 timur pada kedalaman lima kilometer.

 ??  ?? DR JAMILI
DR JAMILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia