Utusan Borneo (Sabah)

Dari muka depan

-

Kesemua suspek terbabit terdiri daripada pemilik dan pengurus syarikat perbekalan makanan bermasakse­kolahmenen­gah asrama di sekitar daerah ini, ditahan reman sehingga 21 Januari.

Tempoh tujuh hari tahanan reman itu diputuskan Majistret Herlina Muse di Mahkamah Tawau pada Selasa, terhadap kesemua suspek - tiga wanita dan dua lelaki berumur 35-65 tahun.

Kesemua mereka hadir di mahkamah dengan keadaan tangan bergari sambil diiringi oleh pegawai-pegawai SPRM yang diketuai Pegawai Penyiasat SPRM Tawau Johari Lahat.

Kelima-lima suspek berkenaan disiasat dalam empat kes berasingan membabitka­n empat syarikat terlibat untuk kontrak dua tahun antara 2017 dan 2018.

Terdahulu, kesemua suspek terbabit ditahan di lokasi berasingan di sekitar Tawau, termasuk di Pejabat SPRM Tawau antara jam 1.20 petang dan 9 malam Isnin.

Di Lahad Datu, SPRM menahanrem­anselamatu­juh hari terhadap dua pengurus syarikat kontaktor kerana disyaki mengemukak­an dokumen kewangan bank palsu bernilai hampir RM8 juta pada 2016.

Ia berkaitan kontrak membekal makanan JPNS masing-masing untuk sebuah sekolah asrama harian dan kolej di Lahad Datu.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr memerintah­kan tahanan reman itu selepas menerima permohonan daripada Pegawai Penyiasat SPRM Solehuddin Suhaimi di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Selasa.

Suspek, seorang lelaki dan wanita telah ditangkap pada Isnin di sekitar Lahad Datu dan Semporna diperintah­kan menjalani tahanan reman itu bermula 15 hingga 21 Januari 2019.

Kedua-dua suspek difahamkan pemilik syarikat pembekalan makanan bermasak.

Suspek kelihatan hadir di perkaranga­n mahkamah jam 10 pagi dan keluar jam 10.45 pagi dengan tangan bergari diiringi pegawai SPRM.

Turut direman empat orang di Mahkamah Majistret Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia