Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu lori didenda RM6,000, khianat dan ugut bekas teman wanita

-

KUALA LUMPUR: Akibat berang dengan bekas teman wanita yang enggan berkahwin dengannya, seorangpem­anduloridi­denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana mengugut wanita itu serta memecahkan cermin dan lampu keretanya.

Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhka­n hukuman itu ke atas P. Gunaseelan, 30, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua pula, denda RM2,000 atau enam bulan penjara.

Lelaki itu dituduh melakukan khianat dengan memecahkan semua cermin kereta dan dua unit lampu hadapan kereta B.Uma Naomi ,30, di dalam kawasan Taman Rimba, Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 8 malam, 11 Jan lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Gunaseelan dituduh mengugut ‘Aku bunuh ko’ kepada bekas kekasihnya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat.

Kesalahan itu dilakukan pada tarikh, tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ruzanna Razali memohon hukuman setimpal. Bagaimanap­un tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah merayu denda minimum atas alasan anak guamnya telah insaf dan merupakan penanggung tunggal kepada keluarga.

“Anak guam saya seorang yang bertanggun­gjawab dan suka menolong orang. Difahamkan kejadian berlaku disebabkan anak guam saya marah dengan bekas teman wanitanya yang tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengannya,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia