Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan mencari warga emas masih diteruskan

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Gerakan mencari warga emas, Jamelia Ungung (Bavu Mili), 84, yang dilaporkan hilang di Kampung Tandu Kg Hujung Pulau Jambongan sejak Ahad, masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata mangsa dikatakan keluar rumah pada 13 Januari lalu kira-kira jam 2 petang untuk mencari daun kembung di hutan berhampira­n Kg Tandu Batu Kg Hujung Pulau Jambongan, namun tidak balik ke rumah.

Katanya, ahli keluarga mangsa telah melaporkan kehilangan nenek berkenaan di Pondok Polis Pulau Jambongan pada 14 Januari (Isnin), jam 4.53 petang selepas usaha mencari oleh ahli keluarga dan penduduk kampung gagal menemukann­ya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan bersama beberapa anggota polis, 11 anggotaten­terayangbe­rtugas di pulau itu bersama hampir 30 penduduk kampung.

“Bagaimanap­un, mangsa yanghilang­belumditem­ukan dan gerakan mencari masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Dalam pada itu, Ketua Polis Balai Terusan Sugut Sjn Edwin Anak Dollah ketika dihubungi berkata gerakan mencari pada 14 Januari dari jam 7 malam terpaksa dihentikan jam 2 pagi kerana hujan lebat.

“Pencarian diteruskan sejak jam 8 pagi (Selasa) sehingga petang, namun mangsa yang hilang masih belum ditemukan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pasukan mencari dan menyelamat telah menemui kesan serta daun kembung yang disusun-susun di bawah pokok di hutan kawasan pencarian tetapi gagal mengesan mangsa.

Edwin berkata, warga emas itu yang tidak berkahwin dan berketingg­ian kira-kira 4 kaki, memakai ‘baju opah’ berwarna biru muda dan berkain sarung serta berkaki ayam ketika memasuki kawasan hutan di mana dia dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran PPgB Rastam Kaladi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada 15 Januari (Selasa) jam 5.35 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota bomba diketuai PBKII Rosemidian Haji Majid telah digerakkan ke Pulau Jambongan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Bagaimanap­un, anggota bomba terbabit difahamkan berdepan cabaran dan kekangan ekoran keadaan cuaca yang hujan berterusan dan laut bergelora (ombak kuat) untuk mengharung­i perjalanan hampir dua jam menuju ke Pulau Jambongan dari Pekan Beluran.

 ??  ?? JAMELIA hilang ketika mencari daun kembung di hutan.
JAMELIA hilang ketika mencari daun kembung di hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia