Utusan Borneo (Sabah)

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

-

LABUAN: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam satu kebakaran di Blok Pulau Kampung Lubok Temiang, awal pagi Isnin.

Turut musnah dalam kejadian kirakira jam 9 pagi itu ialah dua kereta jenis Perodua dan Proton Iswara yang diletakkan berhampira­n rumah mangsa.

Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad berkata, ketika kejadian, pemilik rumah Mohammad Gapar, 69, tiada di rumah dipercayai pergi ke bandar untuk membayar bil air dan hanya isteri beliau Norsiah Mohamed, 62, bersama seorang anaknya yang berusia 2 tahun berada di dalam rumah ketika kejadian, namun kedua beranak itu sempat menyelamat­kan diri.

“Dua lagi anak mangsa berada di sekolah,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutua­n Labuan Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9 pagi dan sepasukan anggota bomba bersama dua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, ketika anggota bomba tiba, 95 peratus rumah jenis kayu satu tingkat itu bersama dua kereta yang berada berhampira­n turut musnah terbakar.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.27 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli meluangkan masa melawat mangsa selain menghulurk­an bantuan kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia