Utusan Borneo (Sabah)

QSR Brands hulur bantuan mangsa kebakaran di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) melalui KFC Malaysia menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan pada Jumaat lepas dan Kampung Karakit, Pulau Banggi di Kudat yang berlaku pada Ahad.

Pengarah Urusan QSR Brands Dato Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil menyampaik­an sumbangan wang tunai berjumlah RM40,000 kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal untuk meringanka­n beban mangsa dan keluarga yang terjejas bagi kedua-dua kampung berkenaan, semasa mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri pada Selasa.

Bantuan segera juga disediakan dalam bentuk makanan kepada pusat penempatan sementara Dewan Serbaguna Putatan, di mana sebanyak 220 pek KFC diedarkan kepada mangsa dan sukarelawa­n.

Diketuai Mohamed Azahari, misi bantuan itu dibantu oleh Pegawai Daerah Putatan Hasan Mahali, Ketua KFC Malaysia Timur Lo Yu Foh serta Ketua Syariah dan Pematuhan Halal, Jenama QSR Haji Mohd Roslan Mohd Saludin.

“Kami harap sumbangan kecil ini dapat membantu mangsa kembali dengan harapan mereka,” kata Azahari sambil menambah, QSR Brands dan KFC Malaysia akan terus menghulur bantuan kepada masyarakat ketika krisis sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu.

Dilaporkan sebanyak 55 rumah musnah di Putatan melibatkan 315 penduduk daripada 74 keluarga manakala 81 rumah di Kudat turut musnah dalam kebakaran termasuk dua bangunan kuaters guru SK Karakit, mengakibat­kan 303 penduduk hilang tempat tinggal.

 ??  ?? AZAHARI (lima dari kanan) menyampaik­an bantuan makanan KFC kepada Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri merangkap Adun Petagas Datuk Uda Sulai (enam dari kiri).
AZAHARI (lima dari kanan) menyampaik­an bantuan makanan KFC kepada Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri merangkap Adun Petagas Datuk Uda Sulai (enam dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia