Utusan Borneo (Sabah)

Ascot Academy rai 25 pelatih tamat pengajian

-

KOTA KINABALU: Ascot Academy telah melangsung­kan Majlis Penyampaia­n Sijil bagi meraikan 25 penerima faedah yang menamatkan pengajian mereka untuk program Sijil Eksekutif Operasi Kaunter Hadapan bertempat di The Klagan Regency Hotel, 1Borneo, di sini pada Selasa.

Majlis penyampaia­n sijil berkenaan disempurna­kan oleh Ahli Lembaga Pengarah Ulink Ascot Sdn Bhd Yusak Yumboris yang juga Pengurus Besar Kumpulan UMS Investment Holdings Sdn Bhd.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ascot Academy Abdul Razak Egoh. Tetamu lain yang hadir adalah wakilwakil dari industri hospitalit­i dan para ibu bapa penerima faedah.

Di majlis itu, Frances Avila Joseph, 21, yang berasal dari Tambunan dan bekerja di Pulse Grande Hotel Putrajaya menerima Anugerah Pelatih Terbaik yang disampaika­n oleh Yusak.

Ascot Academy, sebuah kolej kemahiran yang mengkhusus­kan program hospitalit­i dan seni kulinari, merupakan salah satu rakan program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) di Sabah, yang menjalanka­n program di bawah segmen Peneraju Skill Iltizam untuk sektor pelanconga­n.

Buat masa ini, terdapat 50 pelatih yang masih menjalani latihan mereka di dalam program itu di Ascot Academy.

Program itu dijalankan selamaenam­bulanmeran­gkumi pembelajar­an teori dan praktikal selama empat bulan dan dua bulan dalam latihan industri di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu.

Para pelatih berumur 18 hingga 23 tahun berasal dari pelbagaida­erahdiselu­ruhSabah seperti Tambunan, Keningau, Ranau, Telupid, Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Selain daripada pembelajar­an teori dan latihan praktikal di akademi, pelajar juga melalui latihan praktikal bersama rakan-rakan industri Ascot Academy sekitar Kota Kinabalu seperti Shangri-La Rasa Ria Resort, Hotel Hilton Kota Kinabalu, Ming Garden Hotel & Residences, Sabah Oriental Hotel, Hyatt Regency Kinabalu, Hotel Shangri-La Kota Kinabalu dan Dreamtel Hotel.

Program ini merupakan program yang berimpak tinggi kerana setelah tamat latihan, kesemua pelatih akan mendapat pekerjaan.

Ia terbukti dengan kejayaan kumpulan kali ini mengulangi kejayaan kumpulan sebelum ini iaitu memperoleh­i keputusan 100peratus­mendapatpe­kerjaan selepas tamat latihan.

Kesemua mereka akan memulakan kerjaya mereka di hotel seperti di The Light Hotel Penang, Pulse Grande Hotel Putrajaya, Armada Petaling Jaya, Amari Johor Bahru dan Ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ascot Academy, sila hubungi talian 088 487200, 497300 dan 484 600, layari www.ascotacade­my. com.my, hantarkan email ke info@ascotacade­my. com.my, cari di facebook/ ascotacade­my dan Instagram. com/ascot_academy ataupun kunjungi Auto City Building, 1Borneo.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta bergambar kenangan bersama Yusak dan Abdul Razak (duduk, tengah).
PARA peserta bergambar kenangan bersama Yusak dan Abdul Razak (duduk, tengah).
 ??  ?? FRANCES Avila penerima Anugerah Pelatih Terbaik.
FRANCES Avila penerima Anugerah Pelatih Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia