Utusan Borneo (Sabah)

Bantu semai budaya cintakan ilmu, penglibata­n ibu bapa dalam Kelab PSS PIBG

Penglibata­n ibu bapa dalam Kelab PSS PIBG

-

SEKOLAH adalah satu tempat pelajar menimba pelbagai ilmu sama ada dalam bentuk akademik mahupun kemahiran hidup seharian.

Selain guru di sekolah, ibu bapa juga berperanan sebagai pembimbing dan penyebar ilmu kepada anak-anak mereka ketika berada di sekolah.

Bagi menggerakk­an peranan ibu bapa sebagai pembimbing dan penyebar ilmu di rumah, Pusat Sumber Al Fateh Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Titingan Tawau dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menubuhkan Kelab Pusat Sumber Sekolah (PSS) PIBG.

Kelab PSS PIBG ini diangotai oleh ahli PIBG sekolah, guru-guru dan penduduk Kampung Titingan yang berada di sekitar sekolah. Kelab ini dipengerus­ikan oleh Jumatia Samsuddin.

Menurut Jumatia, Kelab PSS PIBG ditubuhkan untuk menyemai rasa tanggungja­wab dalam kalangan ibu bapa mengenai pentingnya kerjasama di antara ibu bapa dan sekolah dalam meningkatk­an kecemerlan­gan murid dan menggalakk­an minat membaca.

Selain itu, kelab berkenaan juga menjadikan hubungan silaturahi­m dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa murid Kampung Titingan menjadi lebih erat dan wujud kerjasama yang kukuh dalam kalangan warga sekolah serta komuniti setempat.

“Melalui kelab ini, ibu bapa murid dapat menyedari pelbagai aktiviti yang dapat mereka usahakan dalam langkah menyemai budaya cintakan ilmu dan minat membaca dalam kalangan murid,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa dapat mengisi masa terluang dengan aktivitiak­tiviti yang dibuat oleh Kelab PSS PIBG khasnya ketika menunggu anak di sekolah.

Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) SK Kampung Titingan Prasad Ridwan berkata kelab itu memberi peluang kepada ibu bapa untuk bersamasam­a memanfaatk­an Pusat Sumber Al-Fateh sebagai salah satu tempat untuk menyemai budaya cintakan ilmu dan minat membaca dalam kalangan murid.

Katanya, “Kelab ini secara tidak langsung memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberi idea dan kreativiti dalam usaha meningkatk­an fungsi dan maltamat Pusat Sumber Sekolah khasnya PSS AlFateh.”

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanak­an oleh kelab berkenaan antaranya pameran berfokus iaitu membawa Bahan Bantu Belajar (BBB) ke rumah murid terpilih dan menampal BBB ke rumah murid terlibat dalam Program Titian Ilmu 2.0.

Selain itu, turut diadakan Pertanding­an Pusat Sumber Mini yang dinamakan ‘Rumah Ku Pusat Sumber Ku’ dengan penyertaan daripada sembilan keluarga dari Kampung Titingan.

Menurut Prasad, pertanding­an itu berjaya menarik budaya membaca bermula dari rumah dan ia turut berjaya menarik minat ibu bapa terhadap aktiviti membaca di samping mengeratka­n hubungan dan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha membudayak­an aktiviti minat membaca.

Bagi tahun ini, kelab itu akan terus menyusun pelbagai aktiviti dalam membudayak­an aktiviti membaca kalangan murid dan juga ibu bapa seiring dengan pelancaran Kempen Dekad Membaca Kebangsaan oleh Kementeria­n Pendidikan baru-baru ini. (Artikel sumbangan Mu Ridzuan)

 ??  ?? SALAH satu keluarga yang menyertai Program Rumah Ku Pusat Sumber Ku.
SALAH satu keluarga yang menyertai Program Rumah Ku Pusat Sumber Ku.
 ??  ?? PRASAD (tiga dari kanan) mempengeru­sikan mesyuarat awal penubuhan Kelab PSS PIBG.
PRASAD (tiga dari kanan) mempengeru­sikan mesyuarat awal penubuhan Kelab PSS PIBG.
 ??  ?? RUANGAN Pusat Sumber Mini yang diwujudkan di rumah murid SK Kampung Titingan.
RUANGAN Pusat Sumber Mini yang diwujudkan di rumah murid SK Kampung Titingan.
 ??  ?? IBU bapa menyediaka­n BBB bagi Program Titian Ilmu 2.0.
IBU bapa menyediaka­n BBB bagi Program Titian Ilmu 2.0.
 ??  ?? ANTARA ahli Kelab PSS PIBG SK Kampung Titingan.
ANTARA ahli Kelab PSS PIBG SK Kampung Titingan.
 ??  ?? JUMATIA johan dalam Pertanding­an Pusat Sumber Mini.
JUMATIA johan dalam Pertanding­an Pusat Sumber Mini.
 ??  ?? JUMATIA (dua dari kiri) bersama Jawatankua­sa Kelab PSS PIBG.
JUMATIA (dua dari kiri) bersama Jawatankua­sa Kelab PSS PIBG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia