Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan zon merokok apabila larangan merokok berkuat kuasa di Sarawak

-

KUCHING:PersatuanP­emilik Kedai Kopi dan Restoran Kuching (KCSROA) mahu zon merokok diwujudkan apabila larangan merokok di semua kedai makan berkuat kuasa di Sarawak pada 24 Januari ini.

Pengerusin­ya Teo Giat Liew berkata, kawasan merokok perlu diwujudkan jika pihak berkuasa tidak mahu melihat puntung rokok dibuang merata-rata tempat.

“Tidak dinyatakan sama ada perokok akan membuang puntung rokok mereka dengan betul apabila mereka dibenarkan merokok dalam jarak dibenarkan dari kedai makan.

“Kita mungkin melihat puntung rokok di manamana sahaja melainkan pihak berkuasa dan pemilik kedai makan boleh menyediaka­n banyak tong sampah di banyak tempat,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau mempersoal­kan, adakah kawal selia akan menjadi lebih mudah jika pihak berkuasa menyediaka­n kawasan merokok.

Katanya lagi, sebaik larangan itu berkuat kuasa nanti, operator kedai kopi dan restoran tidak akan memainkan peranan sebagai pegawai penguat kuasa.

Dalam pada itu beliau memberitah­u, operator kedai kopi dan restoran di sini bersedia melaksanak­an larangan merokok di semua kedai makan yang sudah pun berkuat kuasa di Semenanjun­g Malaysia 1 Januari lalu.

“Saya mendapati beberapa kedai makan di bandar raya ini (Kuching) sudah melekatkan tanda ‘Dilarang Merokok’ seperti dituntut di bawah peraturan baharu ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia