Utusan Borneo (Sabah)

Kes perihal dagangan, kepengguna­an mencatat peningkata­n

-

BINTULU: Kes melibatkan perihal dagangan serta kepengguna­an mencatatka­n peningkata­n kes sebanyak 13 peratus iaitu dari 83 pada 2017 kepada 94 kes tahun lalu (2018).

Ketua Kementeria­n Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu Salihin Den mengesahka­n kes ini melibatkan nilai rampasan RM1,252,111.87 pada 2017 dan RM174,126.48 pada 2018, hampir semuanya dikenakan tindakan undangunda­ng.

“Dengan peningkata­n kes ini secara tidak langsung membolehka­n KPDNHEP menggiatka­n usaha melaksanak­an penguatkua­saan undangunda­ng bagi menjaga hak pengguna dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Bagi tujuan itu, orang awam memainkan peranan penting dengan melaporkan segera kepadaKPDN­HEPsekiran­ya mengetahui sebarang kes melanggar undang-undang kepengguna­an.

Dalam perkembang­an berkaitan, Salihin memberi amaran keras terhadap manamana individu agar memohon permit khas sekiranya ingin membelisto­kdieselber­subsidi dalam kuantiti banyak bagi mengelak tindakan undangunda­ng.

Beliau mengulas tindakan dua lelaki tempatan Jumaat lalu ditahan KPDNHEP kerana membeli diesel dalam kuantiti banyak tetapi gagal mengemukak­an permit khas bagi membeli bahan bakar itu.

“Justeru, adalah menjadi kesalahan sekiranya seseorang individu membeli diesel dalam kuantiti yang banyak sekiranya tidak mendapatka­n permit khas daripada KPDNHEP,” katanya.

 ??  ?? SALIHIN (duduk) pada sidang media di Bintulu pada Isnin.
SALIHIN (duduk) pada sidang media di Bintulu pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia