Utusan Borneo (Sabah)

Warga Long Liam kini nikmati bekalan elektrik 24 jam

-

MIRI: Penduduk Long Liam di pedalaman Baram mula menikmati bekalan elektrik selama 24 jam menerusi sistem Micro Hidro Power (MHP) yang menelan belanja RM300,000.

Projek itu adalah hasil gotong-royong penduduk kampung yang dibangunka­n Civil Society Organsatio­ns (CSO), Save Rivers, Tonibung, Bruno Manser Fund serta Green Empowermen­t and Seacology.

Pengurus Projek Tonibung Dominic M. Usek berkata, projek MHP tersebut yang dibina bermula Januari tahun lepas secara bergotong-royong siap dalam tempoh setahun.

“Projek ini telah siap sepenuhnya pada 12 Januari lalu dan mampu membekalka­n tenaga elektrik kepada penduduk Long Liam selama 24 jam,” katanya di sini.

Dominic memberitah­u, pihaknya akan terus memberi latihan dan berkongsi kepakarank­epadapendu­dukkampung­itu bagi penyelengg­araan jana kuasanya.

“Selepas ini kami akan memantau projek ini dari semasa ke semasa dengan semangat gotong-royong penduduk kampung untuk kerja penyelengg­araannya.

“Saya percaya langkah ini menjadikan sistem MHP lebih terjaga dan dapat kekal lebih lama memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk rumah panjang,” katanya.

Sebagai wakil penduduk kampung, Boyce Anyie melahirkan kesyukuran atas inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memilih Long Liam sebagai tapak pelaksanaa­n loji hidro mikro.

“Kehidupan harian kami menjadi semakin mudah dengan adanya bekalan elektrik 24 jam, bahkan ia adalah sistem jana kuasa tenaga yang mesra alam,” katanya.

Anyie yang juga ketua jawatankua­sa MHP Long Liam memberitah­u, projek itu memberi manfaat kepada kira-kira 42 pintu rumah panjang.

Sementara itu, Pengerusi Save Rivers Peter Kallang berkata, pihaknya akan mengadakan persidanga­n Clean Energy Collaborat­ion pada 15 dan 16 Mac depan di Kuching.

Persidanga­n yang akan berlangsun­g di Hotel Pullman itu menghimpun­kan agensi-agensi dari dalam dan luar negara yang terbabit dalam industri membabitka­n sumber tenaga elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia