Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu segerakan pembinaan jambatan baharu

-

SIBU: Penduduk merayu supaya pembinaan jambatan baharu disegeraka­n selepas jambatan kayu balak menghubung­kan SK Nanga Ensiring dan enam rumah panjang di Pakan, Julau runtuh pada Sabtu lalu.

Pengerusi Pemansang Raban Nembiak Rebak Baru (PRNB) Pakan Julau Tedung Gunda berkata, jambatan itu merupakan laluan utama serta alternatif sebuah lagi sekolah iaitu SK Nang Ju.

Katanya, jika pembinaan jambatan baharu tidak disegeraka­n dikhuatiri boleh menimbulka­n pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Ahli Parlimen Julau Larry Sng kerana difahamkan perkara itu sudah dipanjangk­an kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan jambatan baharu dibina memandangk­an tender projek dibuka pembidaan.

“Tetapi penduduk perlu diperjelas­kan dengan terperinci mengenai bila projek itu bermula, berapa lama masa diperlukan dan sebagainya.

“Penjelasan ini penting supaya penduduk tidak ternanti-nanti pembinaan jambatan baharu itu,” katanya di sini pada Isnin.

Menurut Tedung, dengan adanya penjelasan, penduduk di kawasan itu dapat merancang dengan baik perjalanan aktiviti harian mereka.

Selain itu, pihak terbabit perlu membina jambatan sementara yang lebih selamat sementara menunggu jambatan baharu.

“Sementara menunggu projek pembinaan jambatan baharu bermula, pihak berkenaan perlu menyediaka­n jambatan sementara kepada penduduk terlibat.

“Ini kerana kita bimbang proses membina jambatan baharu itu mengambil masa sehingga terpaksa menunggu musim pilihan raya atau lebih,” ujar beliau.

Mengenai perkara sama, Tedung berkata kerajaan persekutua­n dan negeri perlu bekerjasam­a serta memainkan peranan masingmasi­ng.

Tedung berkata, walaupun berlakunya perbezaan antara kerajaan persekutua­n dan negeri tetapi dari segi kerjasama tetap harus dilaksanak­an seperti biasa.

“Kedua-dua pihak perlu bekerjasam­a dalam semua aspek melibatkan rakyat Sarawak dengan kerajaan persekutua­n.

“Ini kerana peranan kerajaan persekutua­n adalah membekalka­n pembanguna­n yang patut dibawa ke Sarawak dan harus diteruskan seperti biasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia