Utusan Borneo (Sabah)

TH pulihkan lembaran imbangan, berupaya bayar hibah bagi 2018

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) berupaya untuk membayar hibah (dividen) kepada 9.3 juta pendeposit­nya bagi 2018, setelah memulihkan lembaran imbanganny­a, terutamany­a dengan pindahan 106 ekuiti domestik tersenarai yang kurang menguntung­kan ke syarikat tujuan khas, Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Zukri Samat berkata pindahan itu dianggap selepas pada 31 Dis, 2018.

“Jumlah (hibah) akan bergantung kepada prestasi kewangan kami berdasarka­n kepada keuntungan yang kami boleh jana bagi 2018. Tetapi, janganlah terlalu mengharap bagi 2018 kerana kami baru sahaja menyelesai­kan urus niaga itu,” katanya pada taklimat media mengenai kemajuan pelan pemulihan TH di sini, semalam.

Pada 2017, TH mengisytih­arkan pembayaran hibah 4.50 peratus dan bonus 1.75 peratus kepada pendeposit.

Zukri berkata TH menerima pengesahan daripada peguamnya bahawa semua pindahan aset, yang juga termasuk syarikat perladanga­n tidak tersenarai dan 20 hartanah dan tanah, telah ditandatan­gani dan semua hak telah diserahkan haknya.

Menurutnya, tanah Tun Razak Exchange (TRX) telah dijual kepada kerajaan pada harga premium.

“Mengenai persoalan men- gapa TH memindahka­n sebahagian daripada asetnya kepada syarikat tujuan khas itu, jawapannya adalah jika kami tidak melakukan apa-apa, kami tidak boleh membayar hibah bagi tahun-tahun yang akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, sejumlah 106 aset domestik tersenarai yang kurang menguntung­kan kebanyakan­nya adalah daripada sektor perladanga­n, minyak dan gas, hartanah dan pembinaan, di mana TH tidak mempunyai pegangan kawalan.

Saham yang kurang berprestas­i mencatatka­n kerugian tidak direalisas­i sebanyak 96.5 peratus dengan 10 kaunter rugi utama menyumbang hampir RM4.6 bilion daripada kerugian tidak direalisas­ikan, katanya.

Bagi meningkatk­an ketelusan pada masa depan, Zukri berkata TH akan menyediaka­n maklumat terkini setiap suku tahun mengenai prestasi kewanganny­a bermula suku pertama 2019.

Beliau berkata TH akan menilai dengan berhati-hati peruntukan asetnya untuk menjadi lebih berhemat dalam pelaburan dengan menumpukan kepada pendapatan tetap.

“Kami bukan pengurus dana, peranan kami adalah untuk mentadbir dana. Saya rasa fokus pelaburan perlu berubah. Kami sudah pastinya akan menilai dengan teliti peruntukan aset baharu ke atas pendapatan tetap dan bukannya ekuiti di mana kami akan mempunyai aliran pulangan yang mantap,” katanya. -Bernama

 ??  ?? ZUKRI (kiri) ketika sidang media khas mengenai pelan perancanga­n TH di Menara TH. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Risiko, Audit dan Tadbir Urus TH Datuk Zaiton Mohd. Hassan. — Gambar Bernama
ZUKRI (kiri) ketika sidang media khas mengenai pelan perancanga­n TH di Menara TH. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Risiko, Audit dan Tadbir Urus TH Datuk Zaiton Mohd. Hassan. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia