Utusan Borneo (Sabah)

Beri kemasukan tanpa visa kepada pelancong China dan India: MATTA

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China dan India untuk meningkatk­an pelanconga­n Malaysia.

Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkata ketibaan pengunjung ke Malaysia merosot sebanyak tiga peratus kepada 25.95 juta pada 2017 berbanding 26.76 juta pada 2016, walaupun ketibaan pelancong positif di seluruh ASEAN pada 2017.

“Industri pelanconga­n Malaysia ketinggala­n di belakang negara-negara jiran seperti Thailand yang mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 7.8 peratus, Singapura (6.2 peratus) dan Filipina (11 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Tan berkata Malaysia boleh meningkat dan menjadi destinasi percutian pelancong jika kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong terutamany­a dari China dan India.

“Menurut Tourism Malaysia, Malaysia mencatatka­n peningkata­n sebanyak 34.2 peratus bagi pelancong China dan pertumbuha­n sebanyak 10.4 peratus bagi pelancong India dari Jan hingga Sept 2018 berbanding tempoh sama pada 2017.

“Dengan pertumbuha­n pelancong China dan India, kerajaan perlu mengambil peluang untuk menarik dua pasaran utama ini untuk pelanconga­n dalam negeri dengan kemasukan yang mudah ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk melanjutka­n pengecuali­an visa selama 15 hari untuk pelancong dari China dan India dari 1 Januari, 2019 hingga 31 Dis, 2019 adalah baik tetapi ia perlu mempertimb­angkan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada mereka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia