Utusan Borneo (Sabah)

Semakan terperinci terhadap perniagaan edagang, termasuk di media sosial: LHDN

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan terperinci ke atas perniagaan e-dagang, termasuk yang memanfaatk­an platform media sosial, untuk mendapatka­n maklumat berkaitan pengisytih­aran aset tidak tepat, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Sabin Samitah.

Beliau berkata, sebuah pasukan telah dibentuk pada September 2018 untuk menyemak ketakpadan­an antara aset dikumpul dan aset yang diisytihar­kan.

“Kami akan meneliti kes kekayaan luar biasa yang tidak diperjelas­kan individu dan syarikat yang dipaparkan di media sosial,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog KPMG dengan LHDN di sini, kelmarin.

Beliau berkata pasukan itu akan menyemak akaun bank yang diberikan peserta edagang di media sosial untuk mendapatka­n maklumat berkaitan.

Sabin berkata, pasukan tersebut turut ditubuhkan seiring dengan pelaksanaa­n Program Khas Pengakuan Sukarela sehingga 30 Jun ini, yang menggalakk­an pembayar cukai mengisytih­arkan sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan.

Penguranga­n kadar penalti yang banyak akan ditawarkan semasa tempoh pengakuan berkenaan.

Setakat ini, LHDN telah mengenal pasti sejumlah 80,000 pembayar cukai yang layak, merangkumi syarikat dan individu, yang gagal membayar atau mengisytih­arkan cukai mereka.

“Daripada jumlah itu, 4,000 adalah syarikat manakala 76,000 lagi ialah individu,” katanya.

LHDN amat menyedari wujud ketidakpas­tian dalam kalangan pembayar cukai mengenai program itu, khususnya melibatkan kepercayaa­n.

Sabin mengulangi bahawa sebarang pembayaran sukarela akan diterima LHDN dengan suci hati malah tidak akan meminta sebarang sebab atau membangkit­kan sebarang persoalan mengenai aset berkenaan.

Tanpa memaklumka­n kutipan cukai 2018, Sabin berkata jumlah itu berada dalam lingkungan sasaran LHDN, bagaimanap­un, maklumat terperinci akan diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sementara itu, pembayar cukai kini boleh mengemukak­an pengakuan mengikut program itu menerusi sistem e-filing. — Bernama

 ??  ?? SABIN (tengah) ketika sidang media pada dialog KPMG bersama LHDN di Petaling Jaya, kelmarin. Turut bersama Head of Tax Management KPMG Malaysia, Soh Lian Seng (kanan) dan Pegawai Khas Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng. — Gambar Bernama
SABIN (tengah) ketika sidang media pada dialog KPMG bersama LHDN di Petaling Jaya, kelmarin. Turut bersama Head of Tax Management KPMG Malaysia, Soh Lian Seng (kanan) dan Pegawai Khas Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia