Utusan Borneo (Sabah)

Bila jiran berlagak diva dalam drama bersiri

-

SEBUAH keluarga dari kampung menghadapi kejutan budaya apabila berpindah ke sebuah taman perumahan di bandar. Mereka berhadapan dengan gelagat jiran-jiran baru yang pelbagai ragam serta penuh dengan hasad dan dengki.

Berbagai insiden lucu berlaku apabila keluarga tersebut cuba menjadi keluarga contoh dan membantu jiran-jiran mereka yang mempunyai bermacam-macam masalah.

Realiti kisah masyarakat yang suka bergosip hingga mengabaika­n keluarga sendiri ini pastinya mampu menyumbang pengajaran kepada semua. Kisah ini ‘dijelmakan’ dalam drama bersiri ‘Taman Diva’ lakonan Elly Azman, Amyza Aznan, Fahad Iman dan Elisya Sandha.

13 episod karya arahan Hashim Rejab ini menonjolka­n sisi gelap dan padah diterima akibat sikap dengkikan orang lain juga ‘menjaga tepi kain orang’.

Mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 15 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.05 petang, kenali perwatakan keluarga Tipah yang berasal dari kampung baru berpindah ke Taman Diva di bandar.

Kedatangan Tipah sekeluarga di taman itu menjadi perhatian Odah, tukang gosip di situ bersama kawan baiknya Anom. Seharian Odah dan Anom berjalan keliling taman mencari bahan gosip sehingga mengabaika­n hal rumah tangga sendiri.

Harun, suami Odah setiap hari terpaksa makan nasi berlaukkan telur goreng. Anom pula meninggalk­an rumah dalam keadaan bersepah kerana mengikuti Odah hingga anaknya, Hairi dan Hisham terabai. Hairi yang berperwata­kan ‘lembut’ sering kali dimarahi ibunya hinggakan minatnya terus ditentang keras oleh ibunya.

Masa berlalu anak sulung Tipah, Zul bertemu tanpa sengaja dengan Zakiah, anak Odah dan mereka jatuh cinta. Namun keduanya tidak berteus-terang sehinggala­h kemunculan Shasa yang membuatkan Zakiah cemburu. Zakiah memarahi adiknya, Dalina kerana tidak belajar namun sebaliknya dibalas sinis oleh Dalina yang berteus-terang dia mahu menjadi artis.

Lokman, Tipah dan anak-anak mereka pergi sembahyang berjemaah di surau dan mendapati selama ini hanya Iman dan Bilal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia