Utusan Borneo (Sabah)

Dua peniaga buat laporan polis, SKMM

Kena tular dituduh penipu, pinjam duit orang dan tidak mahu bayar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua peniaga membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook yang menggunaka­n nama Jack Chan kerana menfitnah mereka dengan menular gambar serta mengatakan mereka penipu, meminjam duit orang dan tidak mahu bayar.

Chew Taw En, 32, membuat laporan polis pada jam 7.37 malam 28 Disember 2018, manakala rakannya Chu Ket Peng, 37, telah membuat laporan polis jam 10.24 pagi 23 Disember 2018 di Balai Polis Sandakan.

Kedua-dua rakan berkenaan kemudianny­a membuat aduan ke Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Chew berkata mereka dimaklumka­n oleh pihak SKMM bahawa akaun Facebook yang digunakan oleh Jack Chan adalah palsu, telah ditutup dan gambar mereka yang sebelum ini ditularkan pun telah dipadam.

“Kedua-dua gambar kami ditularkan di laman Facebook pada akaun SandakanKi­ni yang mengatakan kami berdua adalah penipu, pinjam duit orang dan tidak

“Kedua-dua gambar kami ditularkan di laman Facebook pada akaun SandakanKi­ni yang mengatakan kami berdua adalah penipu, pinjam duit orang dan tidak bayar.” mahu CHEW TAW EN, Mangsa

mahu bayar,” katanya.

Mereka mengetahui mengenai perkara itu melalui seorang rakan yang menghantar satu gambar melalui Wechat yang mana, ada orang menularkan gambar mereka Facebook.

Chew berkata mereka berdua menegaskan tidak pernah menipu, pinjam duit orang dan tidak mahu bayar.

“Laporan polis dan laporan kepada pihak SKMM telah kami buat untuk siasatan dan tindakan lanjut, selain untuk membersihk­an nama kami,” katanya.

 ??  ?? CHEW Taw En (kanan) dan Chu Ket Peng (kiri).
CHEW Taw En (kanan) dan Chu Ket Peng (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia