Utusan Borneo (Sabah)

86 pain darah berjaya dikumpul

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 86 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah selama dua hari anjuran Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) dengan kerjasama Event Finders, Pejabat Parlimen Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Hospital Queen Elizabeth I.

Kempen telah diadakan pada 28 dan 29 Disember itu telah diadakan di perkaranga­n bangunan DBKK bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, sambutan agak menggalakk­an daripada orang ramai dan berharap penglibata­n mereka dalam kempen derma darah yang diadakan dari semasa ke semasa akan berterusan.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kempen kali ini terutama Event Finders, Pejabat Parlimen Kota Kinabalu, DBKK dan pihak hospital.

“Kita berharap badanbadan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan syarikat-syarikat juga akan tampil bekerjasam­a di masa akan datang,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Adun Likas Tan Lee Fatt, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Luyang Chin Thau Kwong, PPM Likas Ronnie Loh Ee Eng, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pegawai Khas Parlimen Kota Kinabalu Kaven Lee, Ketua Technical Department Event Finders Auther J Kimon serta kakitangan Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Luyang.

Dalam kempen itu, Pendarah turut memberikan buah tangan berbentuk beras sebanyak 50 kampit sebagai penghargaa­n kepada 50 penderma terawal.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada penderma darah yang hadir memberi sokongan.
SEBAHAGIAN daripada penderma darah yang hadir memberi sokongan.
 ??  ?? TAN (tiga dari kanan) menerima cenderahat­i berupa baju yang disampaika­n oleh Alix (empat dari kiri) sambil diperhatik­an oleh Kaven (kanan) serta kakitangan Jabatan Tranfusi Darah HQE I.
TAN (tiga dari kanan) menerima cenderahat­i berupa baju yang disampaika­n oleh Alix (empat dari kiri) sambil diperhatik­an oleh Kaven (kanan) serta kakitangan Jabatan Tranfusi Darah HQE I.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia