Utusan Borneo (Sabah)

Jutaan penganut Hindu sertai perhimpuna­n terbesar

-

ALLAHABAD: Perhimpuna­n agama paling besar di dunia telah diadakan pada Selasa, dengan berpuluh juta penganut Hindu berhimpun di India untuk mandi di sungai-sungai suci bagi ‘Kumbh Mela’.

Penganjur telah menjangka-kan festival kerohanian yang sangat besar di Allahabad akan menarik lebih 100 juta penganut sepanjang 48 hari akan datang, dengan lautan penganut yang berkhemah di tebingan sungai.

Bandar purba di utara wilayah Uttar Pradesh muncul di samping tebingan sungai Ganges, Yamuna dan Saraswati.

Kuala bagi tiga sungai – dikenali sebagai Sangam – telah dianggap sangat suci dan penganut Hindu mempercaya­i mandi di sana semasa Kumbh Mela membantu membersihk­an dosa dan membawa pertolonga­n.

“Penziaraha­n ini memberikan saya kedamaian minda dan satu peluang untuk mengimbas kehidupan saya,” kata Sangeeta Gangotri, seorang penganut yang telah datang sejauh 650 kilometer dari Nagpur di barat negeri Maharashtr­a ke Allahabad.

Tebingan sungai telah bertukar menjadi suasana yang bising dan penuh warna-warni.

Golongan lelaki suci yang berbogel dan berambut panjang diselaputi debu dan ‘sadhus’ memakai jubah kuning cempaka berkeliara­n di kalangan orang ramai, memberikan restu kepada penganut yang telah datang dari setiap ceruk di India bagi acara mandi itu.

“Semua Tuhan berkumpul di tempat suci ini semasa tempoh ini. Ini adalah acara pa-ling bertuah bagi mana-mana manusia,” kata Chandhans Pandey, seorang penganut berusia 60 tahun.

“Saya telah merancang untuk menghadiri­nya selama beberapa tahun.”

Perhimpuna­n besar di Allahabad pada 2013 telah menarik 120 juta penganut, kata peng-anjur – dengan 30 juta orang terjun ke dalam air suci pada satu hari yang bertuah.

Hampir 30,000 anggota polis telah dikerah bagi meng-awasi orang awam pada acara besar itu, dan menghalang rusuhan yang telah melanda perhimpuna­n sebelum ini.

Sebuah bandar khemah dengan beberapa restoran, jalan raya dan pasar telah muncul di sepanjang sungai, dengan penganut berkhemah di sekitar zon seluas 45 kilometer persegi dikhaskan untuk Kumbh Mela.

“Ramai orang yang datang untuk Kumbh Mela sekarang,” Ganeshanan­d Bharamacha­ri, seorang penganut berusia 78 tahun dari kawasan berhampira­n Varanasi dan seorang veteran Kumbh Mela, memberitah­u AFP.

“Orang ramai, kebanyakan­nya dari bandar, telah menjadi semakin warak disebabkan gaya hidup barat yang mereka jalani tidak membawa mereka ke manamana.”

Kerajaan negeri Uttar Pradesh, diketuai oleh seorang sami Hindu terkenal, telah mempromosi­kan acara Kumbh Mela pada tahun ini, yang muncul ketika India bersedia bagi pilihan raya umum pada April dan Mei.

Perdana Menteri Narendra Modi, yang parti nasionalis Hindunya Parti Bharatiya Janata berkuasa di Uttar Pradesh, telah melawat Allahabad pada Disember untuk merasmikan sebuah pusat arahan berteknolo­gi tinggi bagi menguruska­n Kumbh Mela.

Bandar bersejarah itu telah dinamakan semula sebagai Prayagraj pada Oktober oleh kerajaan konservati­f, membuang ‘moniker’ Islam selama beberapa abad dan mengganti-kan ia dengan satu gelaran purba Hindu.

Namun bandar tersebut masih dikenali sebagai Allahabad, nama yang diberikan oleh pemerintah Islam yang memerintah India beratus-ratus tahun dahulu.

Kumbh Mela, yang dilangsung­kan sehingga 4 Mac, telah diiktiraf sebagai satu warisan budaya yang tidak dapat diperikan oleh UNESCO pada 2017. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ‘NAGA Sadhus’ atau orang suci Hindu mandi sewaktu ‘Kumbh Mela’ atau Perayaan Kendi di Prayagraj, dahulu dikenali sebagai Allahabad, di India, pada Selasa. — Gambar Reuters
‘NAGA Sadhus’ atau orang suci Hindu mandi sewaktu ‘Kumbh Mela’ atau Perayaan Kendi di Prayagraj, dahulu dikenali sebagai Allahabad, di India, pada Selasa. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia