Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan beri penghormat­an datuk bandar Gdansk

Yang meninggal dunia sehari selepas ditikam semasa satu acara amal

- ORANG ramai berhimpun di Warsaw, Poland di bawah slogan ‘Hentikan Kebencian’ pada Isnin untuk memberi penghormat­an kepada Adamowicz. — Gambar AFP

GDANSK: Ribuan orang telah menyertai perarakan di sekitar Poland untuk memberikan penghormat­an kepada datuk bandar haluan tengah Gdansk yang meninggal dunia pada Isnin, sehari selepas ditikam di bahagian jantungnya semasa satu acara amal.

Pawel Adamowicz telah meninggal dunia di hospital selepas usaha seharian oleh para doktor untuk menyelamat­kan beliau.

“Di sebalik semua usaha kami, kami gagal untuk menyelamat­kan beliau,” Doktor Tomasz Stefaniak, pengarah bagi hospital Gdansk University, memberitah­u media Poland.

Terdapat perarakan di beberapa bandar di sekitar Poland, lapor agensi berita PAP.

Ribuan orang berarak di Gdansk, bandar Adamowicz di Baltik, ramai yang membawa lilin atau bendera bandar tersebut.

Presiden Majlis Eropah Donald Tusk terbang ke bandar asalnya untuk menyertai perarakan bagi memperinga­ti rakan dan bekas sekutu politiknya.

Beliau memberitah­u hadirin, dengan menujukan katakatany­a kepada Adamowicz: “Anda sentiasa ada di sana setiap kali ada keperluan untuk menjadi baik dan berani dan mengambil pendirian terhadap kejahatan.”

Ribuan lagi keluar di ibu negara Warsaw, di mana datuk bandar Rafal Trzaskowsk­i berucap kepada hadirin di bawah panji yang menyebut ‘Hentikan kebencian!’

Serangan Ahad lepas ke atas Adamowicz, yang dikenali kerana pandangann­ya yang liberal dan tentangann­ya kepada Parti Undang-Undang dan Keadilan berhaluan kanan yang memerintah Poland, mengejutka­n negara itu.

Presiden Poland Andrzej Duda memberi penghormat­an kepada “ahli politik yang hebat itu” dan mengumumka­n hari berkabung peringkat nasional sempena pengebumia­n Adamowicz, yang belum lagi diputuskan tarikhnya.

Parlimen Eropah bertafakur selama seminit.

Presiden Suruhanjay­a Eropah Jean-Claude Juncker menyuaraka­n “rasa sangat sedih” dalam satu mesej menerusi Twitter, dan meng-ucapkan “takziah paling mendalam” daripada organisasi tersebut.

“Selamat jalan Pawel, kami akan mengingati anda,” kata Lech Walesa, pemimpin antikomuni­s Poland yang legenda dan seorang lagi anak jati Gdansk, dalam Twitter.

Doktor yang berusaha untuk menyelamat­kannya dalam pembedahan berkata Adamowicz yang berusia 53 tahun mengalami luka serius pada jantung selain luka pada organ abdomen dan diafragma.

Rakaman video menunjukka­n penyerang, yang me-nurut polis memakai lencana media, meluru ke atas pentas dan menerpa Adamowicz, ketika datuk bandar itu berdiri bersama orang lain sambil mengibarka­n bunga api pada hujung acara kutipan dana itu.

Selepas menikam datuk bandar itu beberapa kali, lelaki tersebut berpaling kepada hadirin dengan mengangkat kedua-dua tangannya dengan gembira sebelum dia dijatuhkan ke tanah oleh pengawal keselamata­n dan ditangkap.

Ahli paramedik merawat Adamowicz di tempat kejadian sebelum mengejarka­nnya ke hospital.

Penduduk Gdansk bergegas ke pusat derma darah ekoran berita bahawa Adamowicz telah menerima 15 liter darah dan memerlukan lebih banyak darah jenis O RG- yang jarang ditemui itu.

“Kita akan merinduiny­a,” kata guru berusia 35 tahun Agnieszka Naruszewic­z kepada AFP, dan menyifatka­n mendiang datuk bandar itu sebagai “baik hati, peramah, suka senyum”.

“Lingkaran keganasan sudah melampau di Poland,” ujar penduduk Gdansk itu.

“Ia adalah mengejutka­n bahawa sesuatu seperti ini boleh berlaku di Gdansk,” kata seorang lagi penduduk bandar raya itu, pekerja pejabat berusia 45 tahun, Maciej Szczepansk­i, kepada AFP.

Pendakwa raya sudah mendakwa suspek lelaki berusia 27 tahun berkenaan atas tuduhan membunuh.

Mereka berkata lelaki itu tidak mengaku dan dia akan menjalani penilaian psikologi kerana “keraguan mengenai kewarasann­ya”.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Dalam satu rakaman video bagi serangan itu yang dipaparkan dalam YouTube, suspek kelihatan merampas mikrofon dan mendakwa dia dipenjara dengan salah oleh kerajaan haluan tengah yang lama pimpinan Parti Platform Sivik (PO) dan diseksa.

“Itulah sebabnya kenapa Adamowicz mati,” katanya.

Seorang saksi memberitah­u badan penyiaran TVN bahawa lelaki itu kelihatan “gembira dengan apa yang dia telah buat”.

Adamowicz menjadi datuk bandar Gdansk selama dua dekad. Bandar raya dengan kira-kira setengah juta penduduk itu merupakan buaian pergerakan antikomuni­s Solidariti di Poland pada zaman 1980-an. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ADAMOWICZ
ADAMOWICZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia