Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet Kanada sekali lagi dirombak

-

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi merombak kabinetnya selepas yang terakhir kira-kira enam bulan lalu, ketika Parti Liberal sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya persekutua­n dalam tempoh kurang setahun.

Beliau memperkena­lkan dua muka baharu iaitu anggota parlimen Montreal, David Lametti yang dilantik Menteri Keadilan dan Bernadette Jordan sebagai Menteri Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar.

Wakil wilayah barat, Jody Wilson-Raybould ditukarkan ke portfolio lebih rendah dengan mengetuai Hal Ehwal Veteranyan­gdipegangS­eamus O’Regan yang bertukar ke Perkhidmat­an Orang Asli.

Sementara Jane Philpott dahulunya menerajui Perkhidmat­an Orang Asli dipindahka­n ke Lembaga Perbendaha­raan.

Ketika ditemui pemberita, Trudeau berkata perubahan itu perlu demi menjaga kepentinga­n rakyat dengan meletakkan mereka yang lebih berkaliber di kawasan penting.

Rombakan itu menjadikan seramai 36 wakil dari Parti Liberal berada dalam kabinet termasuk Trudeau.

Pilihan raya persekutua­n ke-43 mesti diadakan pada atau sebelum 21 Oktober di tengah-tengah rakyat bersikap pesimis mengenai ekonomi dan situasi kewangan negara, menurut tinjauan pendapat.

Trudeau,anakbekasp­erdana menteri Kanada, Pierre Trudeau, mengatakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik dalam tempoh tiga tahun lalu dengan menyaksika­n kadar penganggur­an adalah terendah dalam tempoh 40 tahun.

Julai tahun lalu, Trudeau membuat perubahan kabinet dengan memperkena­lkan beberapa muka baharu untuk memperkuat strategi dan persiapan menjelang pilihan raya.

Partinya dijangka berdepan persaingan sengit daripada dua parti utama iaitu Parti Konservati­f dan Parti Demokrat Baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia