Utusan Borneo (Sabah)

Boeing Company hargai usaha Indonesia mengesan kotak hitam jet terhempas

-

SAN FRANCISCO: Pengeluar kapal terbang Amerika Syarikat, Boeing Company (Boeing) pada Isnin memuji pihak berkuasa Indonesia kerana berjaya menemui kota hitam pesawat Lion Air Penerbanga­n 610 yang terhempas di Laut Jawa pada Oktober lalu yang mengorbank­an semua 189 penumpang.

Menurut agensi berita Xinhua memetik kenya-taan Boeing, pengeluar pesawat itu menyatakan ia amat menghargai kerja keras pasukan siasatan bagi mengesan kotak hitam yang menyimpan rakaman suara kokpit (CVR) pesawat malang itu.

“CVR merakam transmisi radio dan bunyi di dalam kokpit seperti suara juruterban­g, bunyi penggera serta bunyi bising pesawat atau enjin,” kata Boeing.

Akhbar Kompas pada Isnin memetik pegawai Indonesia berkata, CVR Boeing 737 itu ditemui berhampira­n lokasi nahas pada jam 9.10 pagi waktu tempatan dan pene-muan itu akan membantu penyiasat menentukan bagaimana dan mengapa Lion Air Penerbanga­n 610 terhempas hanya kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta.

CVR itu adalah satu daripada dua kotak hitam yang dipasang pada pesawat penumpang Boeing 737 MAX 8 manakala satu lagi kotak hitam merekodkan data penerbanga­n, sudah ditemui beberapa hari selepas nahas berlaku.

“Sewaktu siasatan dite-ruskan, Boeing akan be-kerjasama rapat dengan Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan Amerika Syarikat yang menjadi penasihat teknikal bagi membantu Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Penerbanga­n 610 Lion Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta menuju ke bandar Pangkal Pinang, bandar terbesar di Pulau Bangka Belitung sebelum ia terhempas ke laut dekat Karawang, kira-kira 51 kilometer ke timur Jakarta pada 29 Oktober 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia