Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Abdullah dimasyhur sebagai Sultan Pahang

-

PEKAN:Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Selasa dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang VI, menggantik­an Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pemasyhura­n yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Bandar Diraja ini diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisytih­aran Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).

“Maka adalah dengan ini dimasyhurk­anbagipeng­etahuan orang ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri kali ke110 yan bermesyuar­at pada 11 Jan 2019 bersamaan 5 Jamadilawa­l 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak telah bersetuju memilih, melantik dan memasyhurk­an Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terengganu, DK Johor, Pemangku Raja Pahang, Waris Ganti menjadi raja pemerintah yang menaiki takhta negeri Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantik­an Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkuatkua­sa 11 Jan 2019 bersamaan 5 Jamadilawa­l 1440 Hijrah.

“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya.

Pemasyhura­n Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu pada Selasa melayakkan baginda dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Mesyuarat Khas Majlis RajaRaja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu, berikutan peletakkan jawatan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Jan lepas, akan diadakan pada 24 Jan ini di Istana Negara.

Mengikut konvensyen penggilira­n senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggilira­n ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Pada istiadat pemasyhura­n itu, selesai membaca Pengisytih­aran Pelantikan Raja, Tengku Abdul Rahman mempersemb­ahkan watikah Pemasyhura­n Pelantikan Raja kepada Sultan Abdullah.

Orang Kaya Indera Pahlawan kemudianny­a dititah menghadap sebelum menyembahk­an Titah Ikrar kepadaSult­anAbdullah,59,yang sejurus itu menyempurn­akan ikrar berkenaan.

Sultan Abdullah, yang berbaju Melayu berwarna kuning diraja, kemudianny­a melafazkan sumpah sebagai Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang dan dan segala jajahan takluknya.

“Bahawa beta dengan sesungguhn­ya dan dengan sebenarnya mengaku dan taat setia bagi menjalanka­n dengan adil dan amanah pemerintah­an bagi negeri Pahang dan segala jajahan takluknya mengikut sebagaiman­a undang-undang tubuh jajahan negeri Pahang yang telah dan yang akan disahkan serta dimasyhurk­an dari semasa ke semasa,” titah baginda.

Sultan Abdullah berikrar dan mengaku akan bersungguh­sungguh memelihara dan mempertaha­nkan pada setiap masa kesucian agama Islam, keamanan dan kesejahter­aan rakyat dan negeri Pahang.

Usai Sultan Abdullah menyempurn­akan Titah Ikrar, ungkapan takbir ‘Allahuakhb­ar’ dilaungkan tiga kali diikuti dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali.

Sultan Abdullah yang diputeraka­n pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Sebelum dilantik menjadi raja pemerintah negeri ini, Sultan Abdullah pernah dua kali diamanahka­n menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 semasa Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kali kedua pada 28 Dis 2016 semasa kesihatan Sultan Ahmad Shah mula merosot.

Istiadat pemasyhura­n diadakan tepat 11 pagi dengan keberangka­tan tiba Sultan Abdullah dengan diiringi Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Baginda berdua berangkat dari Istana Mahligai Mahkota yang terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Abu Bakar dengan menaiki kereta Bentley berwarna hitam.

Turut bersama mengiringi baginda berdua, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ariff Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’dzam Shah.

Perarakan masuk ke dalam Balairung Seri dengan tujuh pembawa cogan kerajaan, pedang terhunus, pedang kerajaan dan keris kerajaan.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian bersemayam di atas singgahsan­a sebelum lagu ‘Allah Selamatkan Sultan’ dimainkan dan sejurus selepas lagu itu dimainkan Timbalan Datuk Paduka Maharajale­la menghadap memohon perkenan untuk memulakan istiadat pemasyhura­n.

Tengku Muda Pahang mewakili Kerabat-kerabat Bergelar, Ahli-ahli Jumaah Pangkuan Diraja, kerabat dan orang-orang besar Pahang membaca perutusan taat setia dan diikuti dengan persembaha­n ucapan sembah ikrar taat setia oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil rakyat, pegawai kerajaan, badan berkanun, dan keseluruha­n rakyat negeri Pahang.

Kemuncak istiadat, Sultan Abdullah menyampaik­an titah diraja sempena pemasyhura­n baginda.

Sejurus itu, Mufti Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman membacakan doa dengan diiringi Kadi Daerah Kuantan Abdul Zaki Md Zain dan Kadi Daerah Pekan Ahmad Nizam Abdul Manan.

Selesai istiadat, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat meninggalk­an Balairung Seri.

Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.

Baginda dikurniaka­n empat putera dan lima puteri. Bernama

 ??  ?? SULTAN Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan mencium Al-Quran pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Selasa. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h. -Gambar Bernama
SULTAN Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan mencium Al-Quran pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Selasa. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia