Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Abdullah sebak kenang jasa Paduka Ayahanda dan Bonda

-

PEKAN: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurk­an pada Selasa sebagai Sultan Pahang keenam, menggantik­an Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah menzahirka­n rasa pilu dan sedih ketika bertitah mengenai jasa dan pengorbana­n Paduka Ayahanda dan Almarhum Bonda Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dilihat tidak dapat menahan rasa sebak serta mengesat air matanya dengan sehelai sapu tangan dan kesayuan tersebut jelas terpancar di wajah baginda.

“Lantaran itu, saya memohonaga­rsekalianr­akyat jelata untuk menadah tangan ke hadrat Ilahi memohon apalah sudi kiranya juga dilindungi dan dirahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

“Sama-samalah juga sekalian rakyat jelata untuk turut memanjatka­n doa kepada Almarhumah Paduka Bonda KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Afzan Tengku Muhammad,” titahnya.

Dalam nada sayu dan sebak, baginda turut berkongsi kenangan dibesarkan oleh bondanya yang disifatkan sebagai wanita cekal dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Baginda bertitah bahawa Almarhum bondanya tidak pernah mempunyai sifat marah dan mengeluh dengan karenah putera puterinya serta sukar dicari ganti.

Suasana sayu itu turut dirasai bersama tetamu dan hadirin terdiri daripada kerabat diraja dan barisan kepimpinan kerajaan negeri pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang keenam yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, di sini. Istiadat bersejarah itu turut disiarkan secara langsung oleh RTM di TV1.

Sultanah Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut bersedih, termasuk kekanda Sultan Abdullah iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang apabila turut menyeka air mata ketika mendengar titah baginda itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia