Utusan Borneo (Sabah)

Biodata Sultan Pahang Keenam

-

PEKAN: Berikut adalah biodata rasmi Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dikeluarka­n Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diputeraka­n pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970– 1974).

Baginda kemudianny­a berangkat ke United Kingdom (UK) untuk meneruskan pengajian di Aldenham School, Elstree, Hertfordsh­ire, UK dan Davies College, London, UK pada 1975–1977.

Pengajian baginda kemudianny­a disambung dalam bidang ketenteraa­n iaitu di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 – 1979) dan pengajian di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981) sehingga baginda dianugerah­kan Diploma In Internatio­nal Relations And Diplomacy.

Komitmen baginda dalam bidang ketenteraa­n terserlah sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliah­an oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.

Baginda juga merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 baginda dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.

Pada tanggal 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang dan kemudianny­a telah dimasyhurk­an pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada usia baginda menjangkau 20 tahun, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.

Pada 8 Dis 2016, baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019, iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang keenam.

Baginda juga amat meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabang­sa di Windsor Polo Club, England.

Seterusnya, baginda mengambil bahagian dalam pertanding­an di Singapura, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di peringkat negeri Pahang, baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan.

Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbanga­n ultralight.

Baginda mendirikan rumahtangg­a dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Almutawakk­il Alallah Sultan Iskandar AlHaj, 59.

Perkongsia­n hidup baginda berdua dikurniaka­n dengan empat putera dan lima puteri; iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal IbrahimAla­mShah,YangMulia Tengku Puteri Ilyana, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatull­ah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatull­ah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia