Utusan Borneo (Sabah)

Bantu lahir pemain muda berbakat

Gesaan Frankie kepada kelab golf di Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Frankie Poon berharap lebih banyak kelab-kelab golf di negeri ini tampil membantu melahirkan pemain-pemain muda berbakat.

Beliau berkata demikian dengan menjadikan Program Anak Angkat Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) sebagai contoh terbaik di mana ianyatelah­dilaksanak­andengan sukses dan membuahkan hasil yang membanggak­an.

“Kementeria­n ini sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan NGRK kerana menyokong Program Pembanguna­n Remaja di negeri ini.

“Program Anak Angkat NGRK merupakan satu program yang membanggak­an kita. Program itu telah berjaya melahirkan pemain-pemain berbakat dan sudah tentu kementeria­n ini akan terus memberi sokongan yang padu,” jelas beliau semasa menerima Kunjungan Hormat dari Persatuan Golf Sabah (SGA) di Bilik Mesyuarat KBS Sabah, Wisma Muis, Sembulan pada Isnin.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Awg DamitAg.Anak,PresidenSG­A Datuk George Bandusena, Naib Presiden SGA merangkap presiden Kelab Golf Kudat (KGK) Mohammad Kulat serta Pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah.

“Selaku menteri, saya berharap kelab-kelab yang lain di seluruh negeri Sabah dapat menjadikan NGRK sebagai contoh. Bayangkan jika setiap bandar utama di negeri ini memiliki satu pusat latihan seperti NGRK, kita sekurang-kurangnya mempunyai 50 pemain muda berbakat yang boleh mewakili Sabah.

“Untuk itu, saya akan memulakan gerakan perkembang­an program ini di daerah Sandakan. Saya sendiri akan berbincang dengan pihak pengurusan Sandakan Golf and Country Club (SnGCC), dan saya percaya SnGCC juga berupaya untuk melaksanak­an program seumpama ini dengan jayanya,” kata Frankie.

“Usaha ini sudah tentu memberi kita lebih banyak pilihan pemain di masa hadapan. Selain itu, persaingan pemain-pemain muda ini juga akan meningkatk­an lagi kemampuan dan kekuatan Sabah menyertai kejohanank­ejohanan luar negeri khususnya di Sukan Malaysia (Sukma).

“Selain penglibata­n kelab, saya juga sangat mengharapk­an sokongan ibu bapa agar menggalakk­an anak-anak mereka untuk berjinak-jinak dalam sukan ini untuk kesinambun­gan Sabah mempunyai kumpulan pemain muda yang ramai.

“Untuk itu, saya juga berterima kasih kepada ibu bapa terutama sekali ibu bapa 10 anak-anak muda di bawah Program Anak Angkat NGRK ini yang telah banyak bersabar dan berkorban termasuk memindah anak-anak mereka dari Tawau dan Ranau untuk bersekolah di Kota Kinabalu semata-mata untuk berada di bawah program ini,” tambah Frankie lagi.

Dalam pada itu, menurut Steven, tahun ini merupakan tahun ketiga program anak angkat itu dilaksana di bawah Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) NGRK untuk anak-anak Sabah.

“Kami bermula dengan empat pemain pada 2017, ditambah menjadi enam pemain tahun lalu dan tahun ini (2019), kami tambah lagi menjadi 10 pemain.

“Kami sangat gembira

“Selain penglibata­n kelab, saya juga sangat mengharapk­an sokongan ibu bapa agar menggalakk­an anak-anak mereka untuk berjinakji­nak dalam sukan ini untuk kesinambun­gan Sabah ” mempunyai kumpulan pemain muda yang ramai.

DATUK FRANKIE POON Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah

melihat perkembang­an dan kemajuan para pemain yang berlatih di bawah program ini, sebagai sebahagian dari usaha kami mengembali­kan berkat yang kami terima untuk anakanak Sabah,” kata beliau.

“Kami percaya sokongan

yang kami berikan ini mampu untuk melahirkan pemain berbakat yang mana bukan sahaja berupaya membantu pasukan Sukma negeri ini di masa hadapan, tetapi menjadikan sukan golf sebagai kerjaya mereka dengan menjadi pemain profesiona­l yang berjaya.

“Hari ini, program ini berjaya melahirkan beberapa pemain berkaliber terutama sekali Nabila Alifuddin, 15, yang kini memegang handikap 6.

“Pemain ini muncul juara semasa Sirkit Piala KPM di Pahang pada September tahun lalu, serta menduduki tempat ke-6 di Kejohanan Ramaja Antarabang­sa Pondok Indah Ke-7 di Indonesia pada Disember 2019,” jelas Steven.

Selain Nabila, sembilan pemain lain di bawah program anak angkat NGRK terdiri dari Dylan Zayden Darius, Marisah Steve Madis, Jared Steve Madis, Cyqal Vozoon Felix, Ashley Johnny, Irsalina Akmadin, Shawn Lam, Yong Ke Ling dan Valerie Langkab.

Sambil itu, George turut merakamkan terima kasih kepada NGRK kerana merintis program itu di Sabah dan kepada Steven yang telah bertungkus-lumus bukan sahaja memastikan program itu dilaksana tetapi secara sukarelawa­n menjadi jurulatih di bawah program itu.

“Sesungguhn­ya penglibata­n NGRK dan kelab-kelab lain sangat dialu-alukan oleh persatuan ini (SGA) dalam membangunk­an para pemain dari peringkat akarumbi. Program NGRK ini memainkan peranan yang sangat baik,” katanya.

 ??  ?? (Depan dari kiri) MOHD Kulat, George, Awg. Damit, Frankie dan Steven bersama pegawai, ibu bapa dan 10 pemain yang bernaung di bawah Program Anak Angkat NGRK semasa pertemuan di Bilik Mesyuarat KBS Sabah, Wisma Muis, Sembulan pada Isnin.
(Depan dari kiri) MOHD Kulat, George, Awg. Damit, Frankie dan Steven bersama pegawai, ibu bapa dan 10 pemain yang bernaung di bawah Program Anak Angkat NGRK semasa pertemuan di Bilik Mesyuarat KBS Sabah, Wisma Muis, Sembulan pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia