Utusan Borneo (Sabah)

B21 Sabah dalam Kumpulan A, B19 Kumpulan B

-

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah diundi dalam Kumpulan A saingan Piala Presiden manakala skuad bawah 19 tahun dalam Kumpulan B saingan Piala Belia 2019.

Bersama Sabah dalam Kumpulan A Piala Presiden ialah Kedah, Johor Darul Ta’zim III (JDT III), Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC), Selangor, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, MISCMIFA, Selangor United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kumpulan B pula terdiri daripada Terengganu FC III, Felda United FC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak, PKNP FC, Kuala Lumpur, Melaka, Sarawak, PKNS FC, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sambil itu, skuad bawah 19 tahun bersaing bersama Terengganu FC IV, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, JDT IV, Perak, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang dalam Kumpulan B saingan Piala Belia.

Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan PKNS FC, Selangor United, MISCMIFA, SSBJ B17, Melaka, UiTM FC, Kuala Lumpur, PKNP FC, Perlis, Kelantan dan Felda United FC.

Saingan peringkat kumpulan Piala Presiden dan Piala Belia itu dijalankan secara liga dua pusingan bagi menentukan empat pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan junior Sabah telah mula melapor diri untuk latihan pusat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Ahad lalu.

Skuad Piala Presiden dikendalik­an ketua jurulatih Justin Ganai dan dibantu oleh Johnny Dominicus manakala jurulatih penjaga gol ialah Dante S Tipay.

Skuad bawah 19 tahun Sabah dikendalik­an ketua jurulatih Billyton Vun Ket Ming dan dibantu oleh Faizal Ahmad manakala Jasrih Jabidin sebagai jurulatih penjaga gol.

Kedua-dua pasukan junior Sabah itu mara ke sukuakhirm­usimlalu.-Oleh

VITALIS G BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia