Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat landa Sandakan

Penduduk terjejas dipindah, agensi kerajaan turun padang

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 23 penduduk Kampung Pertanian Garinono, Batu 25 di sini terpaksa dipindahka­n berikutan banjir kilat yang melanda kampung itu, pagi Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata kesemua mangsa termasuk seorang bayi perempuan itu telah dipindahka­n sementara ke Masjid Nurul Iman di Kampung Pertanian Batu 25.

Katanya, operasi SEBAHAGIAN penduduk yang dipindahka­n ke masjid berikutan rumah mereka dinaiki air. pemindahan itu dilaksanak­an oleh dua pasukan sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.57 pagi.

Operasi 1 melibatkan lima anggota dengan tiga utiliti yang mana mereka tiba di lokasi kejadian pada jam 9.55 pagi ekoran jarak jauh iaitu 38 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

Dalam operasi yang dijalankan pada jam 11 pagi itu, pasukan bomba telah memindahka­n seramai 10 mangsa dari tiga rumah yang meliputi lima lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

Sementara Operasi 2 dijalankan enam anggota bersama sebuah utiliti yang mana 13 mangsa termasuk lapan lelaki dan lima perempuan telah dipindahka­n pada jam 11.19 pagi.

Dalam operasi berasingan, enam anggota bersama sebuah utiliti telah digerakkan untuk membuat pemantauan banjir di Kampung Gas dan Poh Hing di Batu Sapi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi.

Anddre berkata, pemantauan di lokasi kejadian menunjukka­n air semakin surut dan tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Sementara itu, Pegawai Pertanan Awam Sandakan Leftenan (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pasukan penyelamat­nya telah bergerak ke lokasi untuk mengeluark­an beberapa mangsa yang dilaporkan terperangk­ap.

Katanya, secara keseluruha­n banjir yang dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Memanjang, Kampung Pertanian Garinono dan Kampung Garinono diklasifik­asikan sebagai banjir kilat.

Jelasnya, kebiasaann­ya banjir kilat akan beransur pulih dalam tempoh tiga jam kemudian sekiranya tiada impak daripada cuaca hujan, bagaimanap­un pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya paras air meningkat.

ANDDRE ANDREW

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan “Kesemua mangsa termasuk seorang bayi perempuan itu telah dipindahka­n sementara ke Masjid Nurul Iman di Kampung Pertanian Batu 25.

 ??  ?? (Gambar atas) ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa yang terperangk­ap akibat banjir di Kampung Pertanian Garinono.
(Gambar kiri) PEMANTAUAN banjir di Kampung Gas dan Poh Hing di Batu Sapi.
(Gambar atas) ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa yang terperangk­ap akibat banjir di Kampung Pertanian Garinono. (Gambar kiri) PEMANTAUAN banjir di Kampung Gas dan Poh Hing di Batu Sapi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia