Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi yang memudahkan rutin manusia dalam dokumentar­i ‘More Curious’ di TV1

-

ASAL usul, sejarah, kegunaan dan teknologi di sebalik peralatan, perkakas dan benda-benda yang menyeronok­kan atau menyenangk­an kehidupan harian kita dipaparkan dalam dokumentar­i sains mengenai persekitar­an dan peralatan yang digunakan oleh manusia bertajuk ‘More Curious’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 8 Januari, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam di TV1.

Permulaan dokumentar­i Inggeris 13 episod ini menampilka­n sejarah dan evolusi kasut roda, pembuatan jenis-jenis roti bakar, pelbagai kegunaan pokok buluh, sejarah dan penerbitan buku, teknologi pembinaan jambatan, kegunaan kalendar, dan jenis penulisan kaligrafi.

Seterusnya ia menampilka­n tanaman dan tabiat meminum kopi, jenis-jenis wang syiling dunia, caracara masak-memasak dan pantang larang makanan, kapas dan tenunan kain, asal usul dinosaur, penyebab gempa bumi dan akibatnya serta budaya makan menggunaka­n penyepit kayu Cina.

Sejarah keajaiban bahan fosil, gimnasium sebagai pusat kesihatan, karate sebagai seni mempertaha­nkan diri dan menonjolka­n ciri-ciri sukan lasak tinju menendang menyusul dalam episod berikutnya. Ia juga menyingkap sejarah dan perkembang­an periuk induksi dan kemajuan yang tercapai dalam solekan dan penjagaan rambut.

Penerangan mengenai khasiat dan kepentinga­n susu dan bahan-bahan yang berasaskan susu kepada kesihatan manusia juga turut diceritaka­n. Begitu juga persaingan dan cabaran daripada makanan ringan. Ia juga menonjolka­n fakta dan maklumat berasaskan sains tentang alat tulis pensel, pembaris, ‘rollercoas­ter’, kapal layar dan pengaruh bulan ke atas bumi.

Menarik dikongsika­n sejarah dan maklumat mengenai taekwando, perubahan yang telah berlaku kepada makanan sushi serta menerangka­n iklim musim panas dan aktiviti manusia ketika musim itu. Selain itu episod ini turut membentang­kan mengenai impak dan pengaruh muzik viola, tsunami, bot-bot rekreasi dan mesin pembasuh dalam kehidupan manusia.

Asal usul dan maklumat diceritaka­n mengenai permainan sukan ‘ultimate frisbee’, ubat aspirin, alat muzik cello, perhiasan tatu, minuman teh dan juga memaparkan perayaan ‘thanksgivi­ng’ atau perayaan menuai di Amerika dan kepentinga­n kitar semula untuk mengurangk­an pem-buangan dan pencemaran serta menstabilk­an sumber galian dunia.

Ada juga paparan maklumat dan fakta mengenai pembuatan barangan hasil daripada imejan komputer, kaedah pengiklana­n, ‘Cloud Storage’ atau penyimpana­n informasi dalam komputer, pengangkut­an kereta api, mamalia, semburan aerosol dan impak kepada alam semula jadi dan penyebab selesema.

Berikutnya maklumat dan fakta sains mengenai tablet komputer, alat-alat yang menggunaka­n udara untuk mengeluark­an muzik, ciri-ciri pelbagai jenis ribut, perubahan yang berlaku ketika musim bunga, fungsi pembesar suara atau ‘speakers’, alkohol sebagai bahan pencuci, bintang-bintang di angkasa dan kandungan atmosfera bintang-bintang itu.

Episod sembilan memaparkan maklumat dan fakta sains mengenai alat muzik ‘Bass’, muzik popular tahun 60an, pasport yang membolehka­n lawatan antara sempadan, hidung sebagai deria penting manusia, tekanan darah, pawagam dan sejarah lukisan komik.

Ketahui tentang asfalt, iaitu pepejal petroleum yang digunakan untuk membuat jalan raya, pembuatan pisau, pencuci mangkuk elektrik, logam besi dan kegunaanny­a, animasi komputer serta pengertian mimpi dan mitologi Yunani.

Tidak kurang menariknya fakta asal usul mesin pengisar, ‘boomerang’ daripada Australia, ‘air fryer’, iaitu alat penggoreng makanan tanpa minyak, mumia Mesir, tombol pintu, pemijak kaki atau ‘pedals’ serta permainan komputer.

Ikuti juga penerangan asal usul akustik bunyi asal, kod komputer, gentian optik, cakera keras komputer, gas helium, ubat herba dan televisyen berdefinis­i tinggi.

Ia akhiri dengan memaparkan maklumat dan fakta sains mengenai cara-cara mengikat tali, seni mempertaha­nkan diri, kegunaan satelit, kaedah informasi disimpan dalam otak, bagaimana tanah menjadi punca kehidupan tanaman, gas petroleum dan penggalian logam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia