Utusan Borneo (Sabah)

‘The Favourite’

Dahului pencalonan BAFTA

-

DRAMA ‘The Favourite’ mendahului pencalonan bagi anugerah British Academy of Film and Television Arts (BAFTA), dengan 12 pencalonan bagi drama kostum itu yang sudah memenangi beberapa hadiah dan pujian pengkritik untuk aktres utamanya Olivia Colman.

Komedi itu menyaksika­n Colman membawa watak Ratu Anne dari Britain pada abad ke-18 sebagai seorang kerabat diraja yang lemah dan rasa tidak selamat, mudah dipengaruh­ui rakan karib baginda, Sarah, Duchess of Marlboroug­h, lakonan pemenang anugerah Oscar, Rachel Weisz.

Apabila pembantu istana Abigail tiba, hubungan mereka diuji apabila keduadua wanita bertarung untuk mendapatka­n kasih sayang ratu itu.

‘The Favourite’ akan bertanding untuk Filem Terbaik, Filem British Cemerlang, Lakon Layar Asal – dan dalam kategori Pengarah bagi Yorgos Lanthimos – di anugerah filem British itu pada bulan depan.

Colman, Weisz dan Emma Stone, yang membawa watak Abigail, semua dicalonkan dan filem itu turut diiktiraf bagi Penyunting­an, Sinematogr­afi, Mekap & Rambut, Rekaan Penerbitan dan Rekaan Kostum.

Filem Queen ‘Bohemian Rhapsody’, drama angkasa lepas ‘First Man’, filem Netflix ‘Roma’ dan muzikal yang dibikin semula ‘A Star Is Born’ masingmasi­ng menerima tujuh pencalonan. Komedi politik ‘Vice’ memperoleh­i enam pencalonan.

Menyertai ‘The Favourite’ dalam senarai Filem Terbaik adalah drama-komedi ‘Green Book, yang berlatarbe­lakangkan dunia di selatan Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun 1960an, ‘A Star Is Born’, ‘BlacKkKlan­sman’ arahan Spike Lee, dan ‘Roma’.

Filem hitam putih Mexico itu, yang dilihat sebagai calon Oscar yang serius, juga bertanding untuk Filem Bukan Dalam Bahasa Inggeris dan pengarahny­a Alfonso Cuaron, yang menang di Anugerah Golden Globes pada Ahad lepas, akan bersaing dengan Lanthimos dari Greece dalam kategori Pengarah.

Mereka disertai pengarah-pengarah, Lee, Bradley Cooper untuk ‘A Star Is Born’ dan Pawel Pawlikowsk­i untuk ‘Cold War’.

Dalam pertanding­an Pelakon Lelaki Utama, Colman berdepan dengan seorang lagi pemenang Golden Globe, Glenn Close untuk ‘The Wife’, bintang pop Lady Gaga dalam ‘A Star Is Born’, Viola Davis untuk ‘Widows’ dan Melissa McCarthy untuk ‘Can You Ever Forgive Me?’.

Christian Bale, yang membawa watak bekas Naib Presiden AS Dick Cheney dalam ‘Vice’, Rami Malek, yang membawa watak mendiang penyanyi utama Queen, Freddie Mercury, dalam ‘Bohemian Rhapsody’, dan pelakon ‘Green Book’ Viggo Mortensen dicalonkan bagi Pelakon Lelaki Utama.

Melengkapk­an senarai itu adalah Cooper untuk ‘A Star Is Born’ dan Steve Coogan untuk ‘Stan & Ollie’.

Calon bagi hadiah Pelakon Pembantu Lelaki adalah Mahershala Ali untuk ‘Green Book’, Richard E. Grant untuk ‘Can You Ever Forgive Me?’, Sam Rockwell untuk ‘Vice’, Timothee Chalamet dalam ‘Beautiful Boy’ dan Adam Driver dalam ‘BlacKkKlan­sman’.

Claire Foy, Amy Adams dan Margot Robbie menyertai Stone dan Weisz dalam pertanding­an untuk Pelakon Pembantu Wanita, masing-masing untuk ‘First Man’, ‘Vice’ dan ‘Mary Queen of Scots’.

Pemenang akan diumumkan pada 10 Februari di London. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? CALON BAFTA: Olivia Colman (kanan atas) bersama anugerah Aktres Terbaik - Muzikal atau Komedi yang dimenangin­ya untuk filem ‘The Favourite’ semasa Golden Globe Awards baru-baru ini. Colman, Rachel Weisz (kiri) dan Emma Stone (kanan) masingmasi­ng mendapat pencalonan anugerah BAFTA yang akan diadakan pada Februari.
— Gambar Reuters CALON BAFTA: Olivia Colman (kanan atas) bersama anugerah Aktres Terbaik - Muzikal atau Komedi yang dimenangin­ya untuk filem ‘The Favourite’ semasa Golden Globe Awards baru-baru ini. Colman, Rachel Weisz (kiri) dan Emma Stone (kanan) masingmasi­ng mendapat pencalonan anugerah BAFTA yang akan diadakan pada Februari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia