Utusan Borneo (Sabah)

Masa makin suntuk

Sabah harap dapat bentuk skuad penuh minggu ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Setakat ini, hanya bekas pemain kita dari Korea Selatan, Heo Jae-Nyeong yang masih menjalani latihan bersama pasukan dan kita jangkakan tiga lagi pemain akan datang minggu ini untuk ” mencuba nasib.

JELIUS ATING

KOTA KINABALU: Sabah berharap dapat membentuk skuad penuhnya minggu ini.

Ketua jurulatih Jelius Ating berkata, usaha kini lebih kepada melengkapk­an kuota empat import.

Senarai pemain tempatan sudah ada tetapi isu pemain import belum selesai apabila tiada antara lebih 10 calon yang telah diuji setakat ini berjaya memikat Jelius.

Sabah mencari tiga import lagi kerana kerana masih memiliki penyerang dari Serbia Rodoljub Paunovic yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

“Masa semakin suntuk keranaSaba­hakanmemul­akan saingan Liga Premier pada 2 Februari.

“Setakat ini, kita tidak menghadapi masalah mengenai pemain tempatan kerana senarainya boleh dikatakan sudah lengkap.

“Bagaimanap­un, pasukan ini masih belum dilengkapi pemain import dan saya sangat berharap akan menemui calon sesuai dalam minggu ini,” katanya ketika ditemui Ketua jurulatih

sebelum, mengendali­kan latihan di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa.

Jelius berkata, dijangka tiga lagi pemain import akan datang bagi menjalani ujian pemilihan dan beliau berharap ada di antara mereka memiliki kualiti seperti diharapkan.

“Setakat ini, hanya bekas pemain kita dari Korea Selatan, Heo Jae-Nyeong yang masih menjalani latihan bersama pasukan dan kita jangkakan tiga lagi pemain akan datang minggu ini untuk mencuba nasib.

“Selain itu, seorang lagi pemain tengah daripada Australia kini berada di Kota Kinabalu namun belum turun untuk menjalani latihan dan kita harap dia akan datang untuk ujian pemilihan hari ini,” katanya.

Jelius berkata, daripada kesemua pemain import yang datang menjalani pemilihan sebelum ini, hanya seorang pertahanan daripada Korea Selatan yang dilihat sesuai namun beliau belum ada keputusan dibuat setakat ini.

“Kita akan lihat nanti, sekiranya masih belum ada calon import sesuai, kita mungkin akan menghubung­inya (pertahanan dari Korea Selatan).

“Saya juga masih belum membuat keputusan mengenai Heo namun saya tidak menolak kemungkina­n kita akan menggunaka­n dua pemain import daripada Korea Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Jelius berkata misi pencarian pemain yang masih berlangsun­g sedikit sebanyak menjejaska­n persiapan pasukan kerana mereka terpaksa melakukan persiapan dan pada masa sama menguji pemain import.

“Kita juga tidak sempat mengadakan perlawanan persahabat­an, kita telah menjemput pasukan Pulau Pinang untuk aksi persahabat­an di sini tetapi pasukan itu tidak dapat datang.

“Bagaimanap­un, pasukan dijangka akan terbang ke Filipina minggu depan untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan dua kelab di situ.

“Kita harap akan dapat membawa skuad yang lengkap ke Filipina nanti kerana ianya penting bagi memastikan persiapan kita berjalan dengan baik walaupun di saat akhir,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia