Perjelas kepentingan dokumen warganegara kanak-kanak
Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A peringkat negeri dijangka temui Muhyiddin 22 Februari
KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A peringkat negeri dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari depan.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perjumpaan jawatankuasa yang terdiri daripada kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak itu bagi memperjelaskan kepentingan berkaitan dokumen kewarganegaraan kanak-kanak di negeri ini.
“Ini ekoran inisiatif Kementerian Pendidikan kini menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap ke sekolah-sekolah alirankebangsaandengansyarat ibu bapa perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh dua tahun.
“Maka jawatankuasa khas terdiri daripada Kementerian kita dan JPN akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri pada 22 Februari depan bagi memperjelaskan lagi tentang kepentingan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke premis baharu Persatuan Pendidikan D’Wira yang dihadiri pengasas serta pengurus persatuan Jap Siew Moi di Jalan Sky Garden, Swee Joo Park di sini, pada Selasa.
Tambah Fatimah, kementerian amat mengalualukan langkah Kementerian Pendidikan memberi peluang pendidikan dan pada masa
Ini ekoran inisiatif Kementerian Pendidikan kini menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap ke sekolah-sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu bapa perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam ” tempoh dua tahun DATO SRI FATIMAH ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
sama, mendapatkan atau menguruskan proses dokumen status kewarganegaraan.
Sehubungan itu katanya, pihaknya amat berharap permohonan dapat diluluskan sekurang-kuranganya dalam tempoh dua tahun atau kurang daripada itu, bagi membolehkan kanak-kanak berkaitan bersekolah seperti anak lain.
Jelasnya, jawatankuasa pada pertemuan itu nanti lebih menumpukan tentang pendaftaran permohonan Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, iaitu mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas.
Katanya, semenjak penubuhan jawatankuasa berkenaan di peringkat negeri sejak tahun 2016 hingga kini, sebanyak 561 permohonan untuk kewarganegaraan di bawah Perkara 15A itu.
“Kita menumpukan kepada permohonan di bawah 21 tahun ini kerana mereka berada dalam usia persekolahan dan kita mahu membantu dan menjadi hak asasi kepada seorang kanak-kanak mendapatkan pendidikan,” katanya.
Fatimah pada masa yang sama mengingatkan ibu bapa agar membuat pendaftaran kelahiran atau kematian anakanak mereka di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian.
Katanya, ia sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu dan bapa kerana jika gagal berbuat demikian akan membawa kepada banyak masalah terutama berkaitan status kewarganegaraan anak-anak mereka.
Sehubungan itu, ibu bapa yang antara pasangan mereka bukan warganegara Malaysia perlu menguruskan perkahwinan dengan teratur danmematuhisyaratkedua-dua negara bagi mengelak masalah kepada taraf kewarganegaraan anak.