Persidangan Pendidikan Inklusif Awal Kanak-Kanak pada 19-21 Julai
SIBU: Persidangan Pendidikan Inklusif Awal Kanak-Kanak Sarawak Kedua 2019 bakal diadakan di Hotel Kingwood Sibu bermula 19 hingga 21 Julai tahu ini.
Pengerusi pengelola Dr Toh Teck Hock berkata, persidangan berlangsung tiga hari anjuran Tadika Fu Yuan, Sibu menyasarkan kehadiran 400 peserta.
“Persidangan pertama di Kuching pada 2017 berjaya menarik penyertaan seramai 418 peserta dan kali ini kita memilih tema ‘Accept, Accompany and Achieve’ dengan seramai 11 penceramahantarabangsadan 32 penceramah Malaysia.
“Setakat ini, seramai 226 peserta dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan luar negara mengesahkan penyertaan.
“Peserta luar negara dari Amerika Syarikat, New Zealand, Taiwan, Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Singapura, Switzerland dan China,” katanya pada sidang media di Pusat Agape di sini pada Sabtu.
Dr Toh memberitahu, tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari ini dan mereka yang berminat boleh melayari laman web rasmi http://www.scecei2019.cf/ untuk maklumat lanjut, emel scecei2019@gmail.com atau hubungi talian 084327315 dan 084-217912.
“Kumpulan sasaran terdiri daripada profesional penjagaan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak, guru-guru pendidikan awal kanak-kanak, pegawai kebajikan masyarakat, ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas.
“Pembuat dasar, pegawai kementerian dan ketua-ketua masyarakat terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program intervensi kanakkanak turut dialu-alukan mengambil bahagian dalam persidangan,” katanya.
Persidangan Pendidikan Inklusif Awal KanakKanak Sarawak ini bakal disempurnakan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.
Sementara itu, persidangan turut mendapat kerjasama Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu, Persatuan Pendidik Awal KanakKanak Berdaftar Sarawak, PersatuanGuru-GuruTadika di Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit.
Methodist Care Centre, Methodist Pilley Institute, Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Sarawak Chinese Annual Conference, SEGi University Kampus Klinikal, Persatuan Autisme Sibu dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak.