Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas enam suspek sindiket seludup bahan letupan, kakisan

Sindiket seludup bahan letupan, kakisan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Enam individu termasuk seorang wanita diberkas polis dipercayai suspek sindiket penyeludup­an bahan letupan dan kakisan untuk pembuatan bom ikan di Sabah.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, tangkapan terbabit dibuat dalam satu operasi khas sekitar bandaraya, Kampung Pondo Pulau Gaya dan Pulau Mantanani Kota Belud membabitka­n Polis Cawangan Khas Sabah dan Bukit Aman.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan secara bersepadu dengan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Tiger Platoon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah.

“Kesemua tangkapan berkenaan termasuk seorang lelaki warga Filipina berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan 2014) 1958.

“Beberapa set bom ikan dan komponen pembuatan bom ikan, serta wang tunai berjumlah RM2,203 turut dirampas daripada suspek,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 14 Sempena Tahun baharu Cina 2019, di sini pada Isnin.

Omar berkata, barangan lain yang dirampas dalam operasi itu antaranya tujuh kotak mengandung­i 700 biji detonator, sebuah kapal ikan, sebuah bot kayu dan dua enjin sangkut, bersama satu unit GPS dan kompas.

“Sindiket ini dipercayai memperoleh komponen pembuatan bom ikan seperti fius dan detonator dari negara jiran.

“Ia diseludup masuk ke Sabah melalui jalan laut sebelum diproses untuk dijadikan bom ikan atau sebagai bahan letupan bagi jenayah lain.

“Siasatan setakat ini belum ada maklumat yang menunjukka­n keenam-enam suspek ini mempunyai kaitan dengan dalang kes letupan sebuah kedai emas pada Disember lepas,” katanya.

Bagaimanap­un, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti dalang yang terlibat dan dari mana bahanbahan terbabit diperolehi.

Beliau berkata, Polis Kontinjen Sabah sangat serius dan komited dalam menangani jenayah pengeboman ikan di perairan negeri ini.

Pihaknya akan terus memburu ahli sindiket atau individu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan terbabit.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia