Utusan Borneo (Sabah)

SABAH PERLU 40 BALAI BOMBA

Untuk capai tempoh bertindak bawah 10 minit

-

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah (gambar) berkata negeri ini memerlukan kirakira 40 lagi balai bomba baharu bagi meningkatk­an tempoh bertindak (response time) sehinggga bawah 10 minit.

Beliau berkata mengikut kajian yang dilaksanak­an jabatan berkenaan dengan menggunaka­n peta pintar (smart maps), jumlah 23 balai bomba sedia ada di Sabah tidak mencukupi kerana keluasan negeri ini menyebabka­n bomba mengambil masa lama untuk sampai ke lokasi kejadian sekiranya berlaku kecemasan.

“Bagaimanap­un untuk membina balai bomba baharu memerlukan kos yang tinggi dan projek pembinaann­ya bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Oleh itu kita perlu mencari beberapa inisiatif lain untuk meningkatk­an ‘response time’ berkenaan seperti menambah bilangan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti (PBK),” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Tahunan JBPM Sabah, di sini pada Selasa.

Kamarulzam­an berkata JBPM Sabah kini merekodkan tempoh bertindak 17.5 minit berbanding 10 minit dan ke bawah yang dicatatkan di Kuala Lumpur.

“Namun kita boleh sentiasa memperbaik­i ‘response time’ ini kerana setiap tahun kerajaan akan memberikan peruntukan untuk membina atau menaik taraf balai bomba di negeri ini dan untuk tahun ini dua balai bomba baharu iaitu di Pitas dan Sook akan beroperasi...sudah tentunya ia akan meningkatk­an lagi ‘response time’ kita.

“Selain itu kita akan menambah pasukan PBS dan PBK di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti di kawasan perumahan atas air yang seringkali berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 30 pasukan PBS dan 180 PBK diwujudkan di seluruh Sabah.

“Kita sedang giat untuk menambah PBS dan PBK terutamany­a di kawasan yang jauh dari balai bomba kerana kita mahu pasukan berkenaan dapat menjalanka­n operasi awal sebelum kehadiran anggota bomba.

“Ketibaan PKS dan PBK ke lokasi kejadian juga akan dikira sebagai ‘response time’ JBPM Sabah dan ia salah satu inisiatif kita untuk meningkatk­an lagi ‘response time’,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merafak sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selepas dilantik sebagai pemangku Sultan Pahang pada Istiadat Pemasyhura­n Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada Selasa.
GambarBern­ama TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merafak sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selepas dilantik sebagai pemangku Sultan Pahang pada Istiadat Pemasyhura­n Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia