Utusan Borneo (Sabah)

Puting beliung badai Havana, 4 maut, hampir 200 cedera setakat ini

Setakat ini empat mati, hampir 200 cedera dalam kejadian bencana alam itu

-

HAVANA: Puting beliung kuat yang jarang sekali berlaku telah memusnahka­n beberapa bahagian di Havana, membunuh empat orang dan mencederak­an 195 lagi, menterbali­kkan kereta, menumbangk­an pokok dan memusnahka­n puluhan kediaman.

Seorang penduduk yang terkejut menceritak­an tentang suasana menakutkan di mana mereka sekeluarga berpelukan berlindung di dapur ketika puting beliung melanda malam kelmarin.

“Seakan-akan batu jatuh dari langit, hujan ais yang merobek seluruh bumbung dan merampas segalagala­nya,” kata Canaima Hernandez, 36, sambil menangis.

Kawasan kejiranan Regla yang dihuni Hernandez di Havana salah sebuah kawasan yang paling teruk dilanda puting beliung, yang menurut media kerajaan mempamerka­n kekuatan yang boleh dibandingk­an dengan hurikan paling kuat.

Penduduk berkeliara­n di antara kenderaan yang terbalik, runtuhan dinding, tiang lampu terbalik serta pokok tumbang.

PresidenMi­guelDiaz-Canel yang mengesahka­n statistik terkini kelmarin, meninjau jalan yang gelap di bandar raya itu sambil melawat kru kecemasan, menulis dalam Twitter bahawa kerosakan adalah teruk.

Dalam kawasan kejiranan Luyano di bandar raya itu, puing termasuk bahagian sebuah beranda yang dirobek dari bangunan lama menyekat jalan.

Sementara penggera kecemasan berbunyi di seluruh kota, anggota bomba dan ambulans bergegas untuk menjalanka­n misi menyelamat, dengan pancaran lampu yang menerangi kawasan gelap.

Diaz-Canel berkata beberapa pasukan kecemasan sedang berusaha gigih untuk memulihkan tenaga elektrik ke kawasan tersebut.

Di hospital bersalin Hijas de Galicia, kakitangan terpaksa mengosongk­an bangunan disebabkan oleh kerosakan taufan.

Puting beliung itu, yang dihasilkan oleh taufan kuat yang bermula di Teluk Mexico, melanda barat Cuba dengan ribut selaju 100 kilometer sejam.

“Penduduk pulau biasa dengan amaran ini, tetapi mereka tidak menjangkak­an magnitud taufan yang bakal melanda,” kata Granma, akhbar harian Parti Komunis.

Orang ramai menggambar­kan puting beliung itu berbunyi seperti jet pejuang dan melaporkan merasai perubahan dalam tekanan persekitar­an apabila ia tiba, kata Armando Caymares dari Institut Meteorolog­i.

Puting beliung itu mengejutka­n saya di jalan raya ketika saya berada di dalam kereta bersama isteri dan anak-anak saya,” tulis pelakon Luis ‘Panfilo’ Silva dalam akaun media sosialnya.

“Saya terpaksa mengelak pokok yang tumbang, kawasan banjir dan ribut kuat sehingga saya berjaya sampai ke rumah.

“Kami mengalami keadaan yang amat menakutkan,” dia menulis.

Francisco Sotolongo berkata, ia adalah perkara yang baik bahawa impak puting beliung itu hanya selama beberapa saat sahaja kerana jika ia berlaku selama seminit, tempat itu pasti sudah menjadi padang jarak padang tekukur.

Ribut kencang menyebabka­n air laut melimpahi persiaran Malecon yang masyhur di kota berkenaan sehingga beberapa meter ke dalam kota.

Wilayah-wilayah barat Pinar del Rio, Artemisa dan Mayabeque turut terjejas akibat taufan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMUSNAHAN BERLELUASA: Orang ramai memenuhi jalanan selepas puting beliung membadai Havana, kelmarin.
— Gambar Reuters KEMUSNAHAN BERLELUASA: Orang ramai memenuhi jalanan selepas puting beliung membadai Havana, kelmarin.
 ?? Gambar AFP ?? SEORANG wanita menangis di hadapan rumahnya yang ranap akibat dibadai puting beliung di kawasan kejiranan Regla di Havana, kelmarin. —
Gambar AFP SEORANG wanita menangis di hadapan rumahnya yang ranap akibat dibadai puting beliung di kawasan kejiranan Regla di Havana, kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia