Utusan Borneo (Sabah)

Ayah mengaku tidak bersalah, seksual terhadap anak kandung

Seksual terhadap anak kandung 15 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang ayah yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap anak perempuann­yayangberu­sia 15 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 17 hingga 18 Jun terhadap tertuduh yang berusia 42 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 17 Julai 2015 jam 7 malam di dalam bilik tidur rumah, sebuah kampung, daerah Kota Marudu.

Ataskesala­hanitu,tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Sementara itu seorang penganggur berusia 40 tahun mengekalka­n pengakuan tidak bersalahny­a, atas pertuduhan sama.

Tertuduh didakwa menyentuh payudara cucu saudaranya yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 12 Mac 2017 jam 12.30 pagi di sebuah rumah kampung, Kota Marudu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 19 hingga 20 Jun terhadap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka selesai.

Kedua-dua pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip.

“Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 17 Julai 2015 jam 7 malam di dalam bilik tidur rumah, sebuah kampung, daerah Kota Marudu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia