Utusan Borneo (Sabah)

Kes jenayah berat bersilih ganti libat warga asing membimbang­kan

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Upko memandang serius beberapa siri kes jenayah berat kebelakang­an ini melibatkan warga asing di Sabah.

Ketuanya Felix Joseph Saang berkata, Pemuda Upko mengikuti perkembang­an itu dengan dekat dan merasakan ia amat membimbang­kan.

“Kes jenayah bersilih ganti dan kita baru berada dalam bulan pertama tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, antara kes yang menggempar­kan ialah cubaan rompakan kedai emas menggunaka­n bahan letupan di Segama, di sini, kanakkanak dijadikan tebusan di Telipok Ria dan selepas itu seorang pengusaha homestay pula ditetak di Tamparuli.

“Bagaimanap­un, Pemuda Upko amat berterima kepada pihak polis yang cekap dalam penyiasata­n kes-kes terbabit.

“Apa yang Pemuda Upko risaukan ialah hampir kesemua jenayah ini membabitka­n warga asing,” katanya sambil menambah, kehadiran mereka dalam negara ini harus dibendung.

“Ia adalah satu rahsia yang terbuka di mana kebanyakan mereka telah mendapat dokumen pengenalan diri Malaysia melalui pintu belakang,” katanya.

Beliau mengimbas kembali kata-kata seorang mantan Pesuruhjay­a Polis Sabah bahawa pendatang tanpa izin adalah punca kepada segala masalah di Sabah.

Oleh itu, Felix berkata ia memperkuat­kan cadangan Upko agar semua kad pengenalan yang dikeluarka­n di Sabah ditarik balik untuk didaftarka­n semula.

“Dengan cara ini, pihak berkuasa boleh mengenalpa­sti kesahihan pemegang dokumen berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada penyelesai­an kepada masalah yang kita hadapi.

“Penarikan balik kad pengenalan Malaysia boleh memastikan­integritid­okumen pengenalan diri itu. Manamana yang meragukan pasti boleh dikesan dan diambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Upko juga faham bahawa masalah yang telah melanda Sabah berdekad lamanya tidak akan dapat diselesaik­an dalam masa yang singkat.

“Namun kita merasakan perlu ada langkah drastik dan penyelesai­an yang meyakinkan daripada pihak Kerajaan.

“Apa yang penting ialah penyelesai­an jangka masa panjang, jikalau tidak kita akan terus seperti telur di hujung tanduk,” katanya.

 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia