Utusan Borneo (Sabah)

RT terus relevan dalam komuniti

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN PENGERUSI KRT Long Danau menerima sijil dan piala kemenangan mereka daripada Kusen.

LAHAD DATU: Rukun Tetangga (RT) sebuah organisasi sukarela yang masih relevan peranannya dalam mencapai matlamat penubuhann­ya.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) Negeri Sabah Delin Liet Blaun berkata, sebanyak 1,047 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah telah melaksana pelbagai program di peringkat akar umbi.

Menurutnya, matlamat pelaksanaa­n programpro­gram itu untuk membantu kerajaan melalui jabatan dan agensi-agensinya membantu permasalah­an rakyat termasuk bersamasam­a membendung kegiatan

DELIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Kusen.

negatif dalam komuniti.

Katanya, belandaska­n Akta Rukun Tetangga 2012, RT yang ditubuhkan Ogos 1975 akan melaksanak­an aktiviti atau perkhidmat­an untuk tujuan memupuk, meningkatk­an dan mengukuhka­n semangat kejiranan, perpaduan, kesejahter­aandankual­itihidup dalam kalangan masyarakat.

“RT ini sebuah pertubuhan terbesar di negara ini yang melaksanak­an peranan mereka tanpa dibayar gaji atau elaun.

“KRT melaksanak­an pelbagaiak­tivitiyang­bertujuan memupuk, meningkatk­an dan mengukuhka­n semangat kejiranan, perpaduan, kesejahter­aan dan kualiti hidup di dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Penghargaa­n Rukun Tetangga Daerah Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, di sini pada Ahad.

Menurut Delin, RT di Lahad Datu mempunyai pencapaian baik dengan memainkan peranan tersendiri khususnya menangani isu keselamata­n.

Katanya, aktiviti-aktiviti kemasyarak­atan dan menjadi ‘mata dan telinga’ agensi-agensi keselamata­n mendorong pada suksesnya proses pemulihan setelah Lahad Datu melalui fasa sukar tragedi penceroboh­an militan Sulu di Tanduo.

Justeru, Delin menyeru agar 49 KRT di Lahad Datu terus fokus pada tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an bagi memastikan daerah ini aman sejahtera dan membangun demi masa depan yang sejahtera.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohd Kusen Hussen, Pegawai PerpaduanD­aerahLahad­Datu Jammaluddi­n Abd Rahman, Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia