Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa bantu PSKS, NGO

Laksana pelbagai aktiviti bermanfaat kepada masyarakat

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa membantu pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang komited menjalanka­n pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt memuji usaha dan komitmen Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) yang begitu gigih menganjurk­an pelbagai program kesihatan bagi memberi pengetahua­n tentang penyakit kanser kepada masyarakat umum.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Setiausaha Sulit Amanda Yeodi di majlis perasmian penutupan ProgramKes­ihatanKese­daran Kanser,anjuranber­samaPSKS dan juga Grand Merdeka Mall pada Sabtu.

Beliau berharap melalui program itu tahap kesedaran masyarakat umum terhadap penyakit kanser dapat dipertingk­at serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti kerap melakukan pengesanan awal kanser dan sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat bagi menghindar­i penyakit kanser.

Sementara itu, Presiden PSKS Lawrence Libur Imui berkata sempena program itu, ceramah tentang kanser telah disampaika­n oleh penceramah tetap PSKS Dr Rizin Kusop.

Turut diadakan ialah saringan kesihatan yang dikendalik­an oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Sabah (LPPKN), manakala NGO lain yang turut serta mengadakan pameran ialah Persatuan Paliatif Kota Kinabalu, Persatuan Thalasemia Sabah serta Team Derma Darah dari Hospital Kudat.

Lawrence menjelaska­n, sejak PSKS ditubuhkan empat tahun, ia sentiasa bergerak aktif dan telah menganjurk­an sebanyak 90 program kesedaran kanser di beberapa daerah di negeri Sabah.

Ia termasukla­h daerah

“Melalui program itu tahap kesedaran masyarakat umum terhadap penyakit kanser dapat dipertingk­at serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti kerap melakukan pengesanan awal kanser dan sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat ” bagi menghindar­i penyakit kanser. STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

Tuaran, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kudat, Ranau Tambunan, Keningau, Tenom, Beaufort dan Sipitang.

“Ia bertujuan memberi pendedahan, pengetahua­n dan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kanser,” katanya.

Beliau menambah, pada tahun 2017 juga memperliha­tkan kegigihan PSKS dengan keupayaan kewangan yang terhad hasil daripada sumbangan orang ramai, namun berjaya menganjurk­an 30 program kesihatan kesedaran kanser.

Selain itu, pihak PSKS turut terlibat membantu kirakira 235 wanita berumur 40 tahun ke atas menjalani ujian mamogram.

Pada majlis itu, Lawrence turut mengumumka­n bahawa seramai 52 pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran yang hadir diterima menjadi anak angkat PSKS.

Ia bertujuan membimbing mereka menjadi sukarelawa­n PSKS yang komited dengan harapan apabila mereka tamat kursus perguruan dan ditugaskan di sekolahsek­olah di Sabah, segala pengetahua­n yang diperolehi akan disampaika­n kepada masyarakat setempat.

Beliau juga berharap pihak kerajaan terus memberi bantuan dan peruntukan untuk melaksanak­an pelbagai program kesedaran dan pencegahan kanser bagi mengurangk­an insiden penyakit kanser yang semakin meningkat dan membimbang­kan.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Grand Merdeka Mall Chew Fei Sean, Pengurus Acra Grand Merdeka Cherci dan Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Muji.

 ??  ?? SERAMAI 52 pelatih IPG Kent Tuaran diterima sebagai sukarelawa­n PSKS sempena majlis itu.
SERAMAI 52 pelatih IPG Kent Tuaran diterima sebagai sukarelawa­n PSKS sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia