Utusan Borneo (Sabah)

Aib kehormatan wanita, penganggur dipenjara lima bulan

-

KUALA LUMPUR: Akibat mengaibkan seorang wanita dengan menghantar mesej berbaur lucah menerusi aplikasi WhatsApp tahun lepas, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Majistret Noorasyiki­n Sahat menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Muhamat Mustazah Mukhtar, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahanj­enayahdeng­an mengaibkan kehormatan wanita berusia 49 tahun dengan mengganggu kesantunan mangsa dan perbuatan itu didakwa dilakukan di Hotel Tamu, Jalan Raja Alang dalam daerah Dang Wangi pada kira-kira 1.30 tengah hari, 17 Dis lepas.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adila Noordin yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh pula hanya merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak bekerja dan sudah insaf dengan perbuatan itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 2 Jan tahun lepas.

Mengikut fakta kes yang diperakui oleh tertuduh, mangsa mengaku tidak mengenali tertuduh.

Mangsa telah membuat laporan polis berhubung perkara itu setelah kerap menerima mesej yang mengandung­i perkataan yang mengaibkan daripadany­a.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia