Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Bodijaya Ongkilan rayu kerajaan bina jambatan

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA MARUDU: Lebih 1,000 penduduk Kampung Bodijaya Ongkilan dan kampung-kampung sekitarnya merayu keprihatin­an dan pembelaan kerajaan supaya membina jambatan di salah satu anak sungai di kampung berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemantauan Banjir dan Bencana Alam (JPBBA) Kg Bodijaya Ongkilan, Linah Inggis berkata kemudahan jambatan itu diperlukan kerana ia merupakan laluan utama penduduk kampung untuk ke Pekan Kota Marudu, khasnya untuk menghantar atau memasarkan hasil pertanian mereka.

Justeru, beliau mewakili penduduk menyuaraka­n masalah itu kepada pihak berwajib agar ia dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya demi keselesaan, kemudahan dan keselamata­n para penduduk kampungkam­pung terlibat.

Menurutnya, setiap kali musim tengkujuh, sungai itu tidak dapat dilalui kerana ditenggela­mi air banjir.

Beliau turut merayu pihak yang berkenaan supaya turun padang untuk melihat sendiri keperluan penduduk

menunjukka­n anak sungai di Kg Bodijaya Ongkilan yang perlu dipasang jambatan demi keselesaan dan keselamata­n penduduk.

Kg Bodijaya Ongkilan yang seringkali menghadapi masalah itu setiap kali musim tengkujuh yang berlaku dari bulan Disember sehingga Februari setiap tahun.

“Masalah ini sudah banyak kali kami ajukan kepada pihak yang berkenaan, namun belum ada tindakan positif sehingga hari ini,” jelasnya ketika mempengeru­sikan satu mesyuarat pembentuka­n Jawatankua­sa Pemantauan Banjir dan Bencana Alam di kampung itu.

Dalam pemilihan itu, jawatan timbalan pengerusi JPBBA disandang oleh Narnah Jainin manakala setiausaha dan penolong setiausaha masingmasi­ng diberikan kepada Florina Kumancang dan Mulina Madayu.

Seramai tujuh orang turut dilantik menganggot­ai Ahli Jawatankua­sa (AJK) yang dibentuk terdiri daripada Murdin Pg Bidin, Uliah Inggis, Mamoi Majingki, Steven Kintuh, Saimah Marganjil, Jahamin Kurudin dan Jainin Lusiu.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah wakil Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kota Marudu Nurdin @Ali Pg Bidin sebagai pemerhati pengendali­an mesyuarat itu yang telah berjalan lancar dan teratur.

 ??  ?? LINAH
LINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia