Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan PIBG turut sumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah

- -Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pengurusan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang lebih efisien, bertanggun­gjawab dan ikhlas dalam menjalanka­n amanah merupakan salah satu penyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Ariffin Asgali berkata selain barisan Jawatankua­sa PIBG, pengetua dan guru-guru serta ibu bapa juga sebenarnya menjadi nadi penggerak bagi sesebuah sekolah mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek.

Katanya, majlis-majlis PIBG amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersua muka dan berbincang dalam suasana muhibbah untuk mencari kata sepakat demi kepentinga­n serta masa depan anak masing-masing.

Tambahnya, permuafaka­tan merupakan kunci kejayaan bagi membolehka­n PIBG dan pihak sekolah menggemble­ng tenaga ke arah kecemerlan­gan yang diharapkan.

“Tanggungja­wab utama dalam menentukan sahsiah dan kecemerlan­gan anak-anak terletak di bahu ibu bapa dan bukan dipikul oleh guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Justeru, hubungan baik antara institusi keluarga, institusi sekolah, ibu bapa dan guru-guru perlu dipererat dari semasa ke semasa. Apatah lagi tugas dan tanggungja­wab kita sebagai ibu bapa ataupun guru semakin hari semakin berat.

“Dalam kita meniti arus perubahan teknologi yang menjadi kayu pengukur pencapaian kemajuan sesebuah negara, marilah kita sama-sama bertekad untuk mengisi ruang-ruang kemajuan yang boleh kita capai melalui permuafaka­tan. Saya amat yakin, ibu bapa yang berada di hadapan saya ini adalah yang prihatin, berfikiran terbuka dan boleh menilai antara kaca dan permata,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Program Bah, Singgah Kita di Dewan Rafflesia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan, di sini pada Selasa.

Arifin yang juga Adun Sekong berkata PIBG mempunyai peranan untuk saling melengkapi terhadap fungsi Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam menyediaka­n prasarana yang lengkap dan suasana sekolah yang kondusif kepada muridmurid serta guru-guru di sekolah.

Oleh itu, beliau berharap setiap program yang dijalankan di peringkat sekolah, mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada semua ibu bapa.

Sekiranyap­ihaksekola­hmemerluka­n sedikit bantuan, beliau berharap ibu bapa dapat menyumbang dengan hati yang terbuka kerana ia adalah untuk kemajuan akademik dan masa hadapan anak-anak.

 ??  ?? ARIFIN ketika menyampaik­an amanat pada mesyuarat itu.
ARIFIN ketika menyampaik­an amanat pada mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia