Utusan Borneo (Sabah)

Pemasyhura­n ukir catatan bersejarah baharu kesultanan Pahang moden

-

KUALA LUMPUR:Kesultanan Melayu Pahang mengukir catatan bersejarah baharu pada Selasa dengan pemasyhura­n serentak Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah.

Istiadat yang berlangsun­g di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan bagi melengkapk­an kedudukan raja pemeritaha­n negeri itu, turut meneruskan tradisi gemilang sejarah baharu dalam era Kesultanan Pahang moden yang bermula pada 1881.

Acara penuh istiadat yang bermula pada 10.30 pagi ini dihadiri lebih 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat.

Pelantikan Tunku Azizah dan Tengku Hassanal sebagai waris ganti kepada takhta kerajaan negeri itu diperkenan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa 22 Jan lepas.

Istiadat bermula apabila Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah membacakan Surat Pengisytih­aran Pelantikan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang di hadapan pasangan diraja yang bersemayam di atas singgahsan­a.

Istiadat ringkas namun penuh tertib Kesulanan Melayu Pahang itu sempurna apabila Tunku Azizah, yang mengenakan persalinan berwarna putih gading, sedondon dengan persalinan Sultan Abdullah, merafak sembah menerima surat pengisytih­aran pelantikan itu daripada Sultan Pahang, sekali gus merealisas­ikan detik yang ditunggu-tunggu rakyat negeri itu setelah 31 tahun Pahang tidak menabalkan Tengku Ampuan Pahang.

Tunku Azizah yang terkenal sebagai ‘‘puteri berjiwa rakyat’’ dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, adalah anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Baginda berkahwin dengan Sultan Abdullah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986 dan mempunyai empat putera dan lima puteri.

Tengku Ampuan Pahang adalah gelaran khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Pahang.

Kali terakhir gelaran itu dikurniaka­n kepada Tengku Ampuan Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad yang menyandang gelaran itu selama 14 tahun apabila ditabalkan pada 1974 hingga kemangkata­n baginda pada 1988.

Selain itu, pelantikan Tengku Ampuan Pahang itu juga mencatat sejarah signifikan kerana gelaran itu hanya akan digunakan oleh Tunku Azizah selama dua hari sebelum baginda menyandang gelaran Permaisuri Agong berikutan Sultan Abdullah secara rasminya menggalas tugas sebagai Yang diPertuan Agong ke-16 pada 31 Jan ini. - Bernama

 ??  ?? TENGKU Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar (kanan) merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selepas dimasyhurk­an sebagai Tengku Ampuan Pahang pada Istiadat Pemasyhura­n Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, pada Selasa. -Gambar Bernama
TENGKU Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar (kanan) merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selepas dimasyhurk­an sebagai Tengku Ampuan Pahang pada Istiadat Pemasyhura­n Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia