Utusan Borneo (Sabah)

NACP pernyataan tegas kerajaan

Terhadap pesalah rasuah

-

PUTRAJAYA: Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah satu pernyataan yang tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang lepas “telah dan sedang kita kejar” dan “akan kita hukum”, manakala perasuah sekarang dan masa hadapan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pelan itu adalah satu bukti bahawa tindakan yang diambil terhadap perasuah-perasuah yang lepas bukanlah satu tindakan berlandask­an dendam atau benci.

“Ianya satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lakukan kepada negara amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah seperti mereka tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas,” katanya ketika melancarka­n NACP 2019-2023 itu pada Selasa.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai kanan kerajaan, wakil parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

NACP 2019-2023 dilaksanak­an berdasarka­n 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Ia mengandung­i 115 inisiatif antirasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkua­saan undang-undang; pentadbira­n sektor awam; perundanga­n dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.

Pelan yang dibangunka­n GIACC dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan menetapkan sasaran yang praktikal berdasarka­n inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dr Mahathir berkata pelan anti rasuah nasional itu hadir sebagai peringatan dan amaran kepada semua pemimpin sekarang dan masa hadapan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak menerima amalan rasuah dan ia satu amalan keji dan menjijikka­n.

Menurut Dr Mahathir, Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenal­kan pada 2004 yang memberi fokus kepada pembudayaa­n integriti dalam kalangan masyarakat, tidak berupaya menyekat budaya rasuah.

Malahan, katanya, ia semakin menjadi-jadi selepas diperkenal­kan sehinggala­h beberapa tahun yang lepas apabila negara digelar sebagai sebuah kleptokras­i, satu label yang amat memalukan.

Menurutnya, kleptokras­i bermakna sebuah kerajaan yang dipimpin oleh perasuah dan pencuri harta negara yang mengeksplo­itasi harta negara dan rakyat untuk kepentinga­n peribadi.

“Label ini bukan dicipta oleh saya atau kerajaan yang saya pimpin. Ianya disebar oleh media-media luar negara setelah badan-badan berkuasa dari negara luar mendapati pemimpin yang lepas telah terbabit dalam pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan secara berleluasa di satu tahap yang belum pernah terjadi sebelum itu,” katanya.

Di atas kesedaran itu, kerajaan tidak boleh sekadar mengingatk­an rakyat mengenai kesalahan yang telah berlaku dan betapa buruk kesannya kepada negara sebaliknya perlu melihat ke hadapan dan mencari jalan memastikan supaya kerajaan baharu dan yang akan datang tidak akan mengulangi perbuatan rasuah itu, katanya.

Dr Mahathir juga berkata adalah tidak mencukupi sekadar meletakkan kesalahan kepada kerajaan yang dahulu dan menjadikan ia sebagai ingatan.

“Sekadar niat tidak mahu melakukan rasuah dan janji mulut tidak memadai. Kita memerlukan pelbagai strategi, undang-undang serta sekatansek­atan supaya ia dapat membendung rasuah dan menyukarka­n mereka yang ingin melakukann­ya.

“Dan jika mereka berjaya melakukann­ya, kita mesti berupaya mengesan perbuatan itu dengan cepat dan selepas itu memastikan mereka mendapat hukuman yang tegas dan setimpal,” katanya.Bernama

“Ianya satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lakukan kepada negara amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah seperti mereka tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas, ” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ??  ?? DR MAHATHIR bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Perasmian dan Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. -Gambar Bernama
DR MAHATHIR bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Perasmian dan Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia