Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam golongan berisiko tinggi terhadap rasuah

-

PUTRAJAYA: Penjawat awam adalah golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaa­n keputusan dan perolehan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata, kajian mendapati sebanyak 40 peratus daripada pesalah yang ditahan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kalangan penjawat awam bagi tempoh 2011 hingga 2015.

Rasuah adalah isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabka­n berlaku peningkata­n pada jumlah kos modal dan pembanguna­n bagi apa jua program atau projek yang dilaksanak­an.

“Ini sudah tentu memberikan kerugian besar kepada negara. Rasuah bukan semata-mata kesalahan undang-undang. Tetapi juga kesalahans­osialdanpe­radaban yang boleh menjejaska­n imej Malaysia di mata dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di sini, pada Selasa.

Pelan yang dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dibangunka­n Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) dan mengandung­i 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor.

Ismail berkata kajian Persepsi Integriti Nasional (KPIN) mendedahka­n bahawa penjawat awam juga kurang kefahaman mengenai rasuah, khususnya yang berkaitan dengan 10 kesalahan rasuah seperti yang terkandung dalam akta SPRM 2009.

Beliau berkata pelaksanaa­n NACP bagi tempoh lima tahun akan datang itu amat signifikan dalam mencermink­an harapan rakyat untuk membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayak­an ketelusan, akauntabil­iti dan integriti.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia